Sabtu, 15 Ogos 2009

Seminar Masjid telah selesai

Alhamdulillah, sebentar tadi selesailah sudah program seminar ekonomi masjid bagi daerah Petaling yang telah dihadiri oleh lebih 30 buah masjid. Tahniah kepada Pegawai Penyelaras Masjid YBhg Ustaz Zainuddin yang telah berjaya menghimpunkan nazir-nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid dibawah pemantauan beliau. Satu semnagat baru dapat dilihat hasil dari perbincangan yang amat menarik pada pagi tadi.
Pembentang kertas kerja. Prof Madya Dr Ishak Sulaiman dan saya sendiri.Ustaz Zainuddin Zakaria menyampaikan ucapan aluan

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan Ustaz Zainuddin dan seterusnya pembentangan permasalahan halal haram produk makanan yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Ishak Sulaiman. Pembentangan yang disertakan dengan video cukup menarik dan telah membuka minda peserta yang hadir. selepas tea-break, saya telah menyambung dengan pembentang profile syarikat dan projek pembangunan ekonomi masjid bersama HPA.Rata-rata yang hadir telah memberi respons yang positif dan tindakan dari pihak masjid akan dilakukan segera. Semoga tela usaha yang kerdil ini objektif projek ini iaitu membangunkan ekonomi masjid dengan perniagaan produk halal, memberi kesedaran kpd masyarakat tentang peri pentingnya produk halal dan pengimarahan masjid dapat dicapai insyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan