Sabtu, 28 Mac 2009

Penempahan tiket penerbangan Firefly


Ahli-ahli HPA diseluruh Malaysia boleh membuat penempahan tiket penerbangan anak syarikat Malaysia Airlines Bhd iaitu FireFly melalui HPA ILham Holidays Sdn Bhd. HPA Ilham telah dilantik secara rasmi menjadi agen terus (Direct Agent) kepada syarikat penerbangan tersebut.

Ini merupakan penambahan terbaru terhadap perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh pihak HPA Ilham kepada para ahli disamping tempahan tiket penerbangan sedia ada.
HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
04-448 2717 / 2715

Program PU di USM

Diskusi sempena sambutan Maulidir Rasul peringkat Universiti Sains Malaysia

Forum.
Tajuk: Keusahawanan Berteraskan Syariah:
Bukti kejayaan Ummah.
Tarikh: 30 Mac 09 Isnin
Masa: 10 pagi
Tempat: Dewan Budaya, USM.
Panel: Tn Hj Ismail Hj Ahmad,
Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd
.
Untuk makluman:
Unit Latihan IT & Multimedia
04-448 2716 / 2717

Isnin, 23 Mac 2009

Sijil Herbalis ke 16

Sijil Herbalis ke 16

Tarikh: 11 hingga 31 Mei 2009
Yuran: RM2,500 sahaja.

Termasuk: Penginapan, file dan kelengkapan pembelajaran,
pengangkutan ke tempat kuliah, makan & minum
sepanjang program, lawatan-lawatan,uniform
dan lain-lain yang berkaitan.
.
Terhad kepada 50 peserta sahaja.
.
Untuk makluman dan tempahan, sila hubungi:
Cik Azira Mamat
019-4548727
.
(gambar: Sijil herbalis ke15)

Perasmian cawangan dan KPJ di selatan

Setinggi tinggi kesyukuran kepada Allah. Pada 19 hingga 21hb Mac yang lalu 10 cawangan baru di Zon Selatan telah selamat dirasmikan. 8 di Johor, setaip satu di Melaka dan Negeri Sembilan. Yang lebih menggembirakan kita ialah sambutan masyarakat di Selatan terhadap HPA. Kehadiran di majlis perasmian cawangan melebihi jangkaan dan yang lebih menariknya ada yang membuat persediaan secara gotong royong.


HPA melihat ini merupakan satu kebangkitan kepada HPA di Selatan. Satu kesedaran tentang peri pentingnya produk halal kepada masyarakat Islam.

pertukaran tarikh prog KPJ

Makluman: KPJ Shahab Perdana telah bertukar tarikh dari 30hb Mac ke:
-
24hb Mac 09
Hari Selasa

-
HPA memohon kemaafan atas sebarang kesulitan.

Ahad, 22 Mac 2009

Perkogsian Bijak Cemerlang (PIC)

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PIC)
bersama Pengarah Urusan.
~~
Tarikh: 28 hingga 29 Mac 09
Lokasi: Perlis
Yuran: RM200.00
Termasuk: Penginapan, makanan, vest PIC, file dan alatulis,
pengangkutan dari hotel ke dewan kuliah & lawatan.
~~
Tempat amat-amat terhad.
~~
Berminat?
Hubungi: Cik Norasyikin Balqis: 019-6330727
Tarikh tutup: 25 Mac 09

Rabu, 18 Mac 2009

Program keusahawanan bersama ANGKASA

Saya telah memenuhi jemputan untuk mengisi program keusahawanan anjuran Angkasa Kebangsaan peringkat negeri Kelantan pada 17hb yang lepas di Grand River View Hotel, Kota Bahru, Kelantan. Ini merupakan program kedua selepas program peringkat negeri Perlis di Kangar yang dihadiri sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan.

Usaha pihak Angkasa ini amat HPA hargai kerana HPA dapat membuka lagi satu ruang atau peluang kerjasama perniagaan bagi membantu koperasi-koperasi yang berdaftar dibawah Angkasa untuk menjana ekonomi mereka.

Setelah siri-siri perbincangan bersama ahli-ahli Angkasa dibuat, ternyata banyak koperasi-koperasi yang mempunyai kepakaran, produk-produk yang dibangunkan malah asset-asset dan tanah-tanah yang cukup bernilai dipunyai mereka. Malangnya, satu perkara yang membantutkan pembangunan ekonomi mereka ialah pemasaran. HPA melihat inilah peluang untuk ahli-ahli koperasi membuat pasaran mereka melalui platform HPA.

Pihak ANGKASA sendiri meyakini bahwa HPA merupakan satu platform yang baik untuk membantu koperasi-koperasi yang berdaftar dibawah ANGKASA. Oleh yang demikian, satu majlis rasmi menandatangani perjanjian persefahaman diantara pihak Angkasa dan HPA akan dibuat pada awal April. Ini merupakan satu lagi pengiktirafan terhadap usaha dan perjuangan HPA.

Forum Halal Haram di UTP

Forum di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar pada 13 Mac yang lalu bagi pandangan saya cukup menarik. Buat pertama kalinya panel-panel yang dipilih untuk membahaskan satu tajuk iaitu ‘umum mengetahui tapi rahsia tak terungkap’ boleh saya simpulkan dengan satu perkataan iaitu, ‘complete circle’.


Perbincangan berkisarkan tentang permasalahan produk dan makanan haram yang terhidang dipasaran masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Panel forum ialah, Ust Jamil dari Jabatan Agama Islam Perak, Tn Hj Mat Fuad dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan saya sendiri, mewakili HPA Industries Sdn Bhd. Forum dipengerusikan oleh Ustaz Rahmat dari UTP.

Saya sebutkan complete circle kerana ahli panel yang dipilh mewakili kumpulan masing-masing dapat membincangkan secara jelas tentang permasalahan yang berlaku sehingga dapat menyimpulkan solusi terhadap permasalahan yang dibangkitkan.

CAP mengeluarkan dan membangitkan isu permasalahan produk dan makanan haram di Malaysia, JAIP pula membincangkan tentang hubungkait agama dangan pemakanan dengan nas-nas yang berkaitan, juga permasalahan pengeluaran sijil-sjil halal kepada pengeluar produk makanan di Malaysia. Manakala HPA menyediakan penyelesaian kepada permasalahan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran produk pengganti.

Perbincangan yang amat menarik ini telah membuka minda pelajar-pelajar, pensyarah UTP, dan jemputan-jemputan khas yang mengikuti forum tersebut dan mendapat respon yang amat positif daripada mereka.

Pada 14hb, majlis penutup heart4islam anjuran Rakan Masjid UTP berlangsung dengan rasminya. Kehadiran kumpulan nasyid In-Team ternyata telah menceriakan suasana. Saya sempat berbincang panjang dengan ahli-ahli kumplan nasyid tersohor ini dan mereka turut mengikuti perkembangan HPA secara dekat dan turut terkesan dengan permasalahan ummah terutamanya mengenai makanan haram yang berlegar dipasaran.

Sekadar Renungan.

Fatimah Az-zahraa dan gilingan gandum

Suatu hari, masuklah Rasulullah SAW menemui putrinya Fatimah. Didapati putrinya sedang menggiling syair (sejenis padi-padian) dengan menggunakan sebuah penggiling tangan dari batu sambil menangis. Rasulullah bertanya padanya, “Apa yang menyebabkan engkau menangis wahai Fatimah, semoga Allah tidak menyebabkan matamu menangis”. Fatimah berkata “Ayahanda, menggiling dan urusan-urusan rumahtanggalah yang mnyebabkan anakanda menangis”. Lalu duduklah Rasulullah disisi putrinya.

Fatimah melanjutkan perkataannya. “Ayahanda, sudikah kiranya ayahanda meminta ‘Ali mencarikan anakanda seorang jariah untuk menolong menggiling gandum dan menerjakan pekerjaan-pekerjaan dirumah?” Mendengar perkataan putrinya, maka bangunlah Rasulullah mendekatai penggiling itu. Beliau mengambil syair dengan tangannya yang diberkati lagi mulia dan diletakkannya didalam penggiling itu seraya diucapkannya ‘Bismillahirrohmanirrohim”. Penggiling tersebut berputar dengan sendirinya dengan izin Allah. Rasulullah SAW meletakkan syair kedalam penggiling itu dengan tangannya sedangkan penggiling itu berputar dengan sendirinya seraya bertasbih kepada Allah dalam berbagai bahasa sehingga habislah butir-butir syair itu digiling.

Rasulullah SAW berkata kepada penggiling tersebut, “Berhentilah berputar dengan izin Allah”, maka penggiling itu berhenti berputar. Lalu penggiling itu berkata-kata dengan izin Allah yang berkuasa menjadikan segala sesuatu dapat bertutur kata. Katanya dalam bahasa arab yang fasih, “Ya Rasulullah, Demi Allah Tuhan yang telah menjadikan Baginda dengan kebenaran sebagai nabi dan rasul-Nya, kalaulah Baginda menyuruh hamba menggiling syair dari masyrik dan maghrib pun nescaya hamba gilingkan semuanya. Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah suatu ayat yang berbunyi, ertinya, Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Penjaganya para malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang dititahkan-Nya kepada mereka dan mereka mengerjakan apa yang dititahkan. Maka hamba takut ya Rasulullahkelak hamba menjadi batu yang masuk ke dalam neraka”.
Rasulullah SAW kemudian bersabda kepada batu penggiling itu, “Bergembiralah kerana engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah didalam syurga”. Maka bergembiralah penggiling batu tersebut mendengar berita itukemudian diamlah ia.

Rasulullah SAW bersabda kepada putrinya,”Jika Allah menghendaki wahai Fatimah nescaya penggiling itu berputar dengan sendirinya untukmu. Akan tetapi Allah menghendaki dituliskanNya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan olehNya beberapa kesalahanmu dan diangkatNya untukmu beberapa darjat. Ya Fatimah, perempuan mana yang menggiling tepung untuk suaminya dan anak-anaknya, maka Allah menuliskan untuknya dari setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu darjat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang berkeringat ketika ia menggiling gandum untuk suaminya maka Allah menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh buah parit”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisir rambut mereka dan mencuci pakaian mereka, maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran pahala orang yang member makan kepada seribu orang yang lapar dan memberi pakaian kepada seribu orang yang bertelanjang”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang menghalangi hajat tetanggganya maka Allah akan menghalanginya dari meminum air telaga kauthar pada hari Qiamat”.

“Ya Fatimah, yang lebih utama dari itu, semua adalah keredhoan suami terhadap isterinya. Jika suami mu tidak redho denganmu, tidaklah akan aku doakan kamu. Tidaklah engkau ketahui wahai Fatimah bahawa redho suami itu daripada Allah dan kemarahannya itu dari kemarahan Allah?”

“Ya Fatimah, apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya maka beristighfarlah para malaikat untuknya dan Allah akan mencatatkan baginya tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan. Apabila ia mulai sakit hendak melahirkan maka Allah mencatatkan untuknya pahala orang-orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila ia melahirkan anak maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya pada hari ibunya melahirkan dan apabila ia meninggal tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun, dan akan didapatinya kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga dan Allah akan mengurniakannya pahala seribu haji dan seribu umrah serta beristighfarlah untuknya seribu malaikat hingga hari Qiamat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati dan ikhlas serta niat yang benar maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya semua dan Allah akan memakaikannya sepersalinan pakaian yang hijau dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut yang ada pada tubuhnya seribu kebaikan dan dikurniakan Allah untuknya seribu pahala haji dan umrah”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang tersenyum dihadapan suaminya maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang menghamparkan hamparan atau tempat untuk berbaring atau mengemas rumah untuk suaminya dengan baik hati maka berserulah untuknya penyeru dari langit (malaikat), “teruskanlah amalmu maka Allah telah mengampunimu akan sesuatu yang telah lalu dari dosamu dan sesuatu yang akan datang”.

“Ya Fatimah, perempuan mana yang meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotongkan kumisnya serta menggunting kukunya maka Allah akan memberinyanya minuman dari sungai-sungai syurga dan Allah akan meringankan sakaratulmautnya dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta Allah akan menyelamatkan dari api neraka dan selamatlah ia melintas diatas titian sirat”.

Petikan dari Mingguan Wasilah 1-7 Mac 09.

Rabu, 11 Mac 2009

Program MAC 09 (updated 18 Mac 09)

1. Tarikh: 13 Mac 09 SELESAI
Program Heart4Islam anjuran UTP, Sri Iskandar, Perak.
Forum Isu Halal dan Haram
Panel: Jafri bin Abu Bakar, HPA Industries Sdn Bhd
Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP)
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Masa: 9.00 malam.

2. 13 dan 14 Mac 09 SELESAI
UTP, Seri Iskandar, Perak
Karnival Halal

3. Tarikh: 17 Mac 09 SELESAI
Program anjuran ANGKASA.
Lokasi: Grand River View Hotel, Kota Bahru, Kelantan
Pembentang: Jafri bin Abu Bakar
Tajuk: Peluang Perniagaan Ahli Angkasa Bersama HPA Industries Sdn Bhd

4. Tarikh: 19 Mac 09
Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) bersama Pengarah Urusan
& Perasmian 8 Cawangan Baru Negeri Johor
Lokasi: Cawangan HPA Kluang, Johor.
Masa: 8.00 malam.

5. Tarikh: 19 - 21 Mac 09
Kementerian Kesihatan Malaysia
Bengkel Pembangunan Modul Diploma Perubatan Islam
Empress Hotel Sepang
Wakil HPA: Ust Ahmad Adnan bin Fadzil.

6. Tarikh: 20 Mac 09
Perasmian Cawangan HPA Masjid Tanah.
Masa: 4 petang.

Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan
Lokasi: MITC Melaka
Masa: 8 malam.

7. Tarikh: 21 Mac 09
Perasmian Cawangan HPA Port Dickson, N.Sembilan.
Masa: 4 Petang.

DIBATALKAN
Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan
Lokasi: Cawangan HPA Port Dickson.
Masa: 8 malam.

8. Tarikh: 24 Mac 09
Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan
Cawangan HPA Shahab Perdana, Alor Setar

9. Tarikh: 26 Mac 09
Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan
Lokasi: De'Palma Hotel, Ampang.
Solat Isya' berjemaah

10. Tarikh: 28 dan 29 Mac 09
Perkongsian Ilmu Cemerlang

11. Tarikh: 30 Mac 09
Diskusi Maulidusrrasul
‘Keusahawanan Berteraskan Syariah, Bukti Kejayaan Ummah’
10.15am - 12.30pm
Dewan Budaya USM Penang

12. Tarikh: 31 Mac 09
Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan
Madrasah An-Nahdhoh, Permatang Pauh, P.Pinang.

Kerjasama dengan Hotel De'Palma

Pertemuan Pengarah Urusan dan team HPA selama lebih dua jam bersama Datuk Elyas, Group General Manager De'Palma Hotel telah mewujudkan satu persefahaman dan kehafaman tentang niat dan matlamat masing-masing. Satu kesedaran tentang permasalahan ummah Islam mengenai penguasaan ekonomi menjadi tajuk yang hangat diperbincangkan dan penyelesaian perlu diwujudkan. Satu titik persamaan dalam membangunkan perniagaan berlandaskan syariah jelas wujud dimata hati masing-masing.

Perbincangan yang berlangsung pada 9 Mac yang lalu akhirnya membuahkan satu persepakatan. HPA dan Rangkaian De'Palma Hotel akan mewujudkan satu kerjasama yang disebut sebagai 'affiliate system'. ini bermakna, semua pemegang kad keahlian HPA akan layak menikmati diskaun tertentu ketika menginap dan makan di restoren-restoren kepunyaan De'Palma. Bukan itu sahaja... ada nilai mata.

KPJ di Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada pada 26hb ini akan diadakan di De'Palma Hotel Ampang sebagai tanda meraikan kerjasama yang telah dipersetujui. Dan yang 'special'nya prog KPJ pada kali ini, kita akan memulakan program dengan solat Isya' berjemaah di Surau Nurul Hikmah di tingkat 3 hotel tersebut. Yang membanggakan kita surau tersebut merupakan Surau di Hotel yang pertama di Malaysia yang mendapat pengiktirafan untuk mengadakan solat Jumaat.

Kiosk Jagung Organik

Projek terbaru dalam perancangan HPA ialah untuk mewujudkan kiosk-kiosk Jagung Organik HPA di cawangan-cawangan HPA, pasaraya-pasaraya dan tempat tempat strategik di seluruh Malaysia. Sebagai permulaan kiosk pertama akan dibangunkan di Cawangan Sungai Petani.

Kiosk ini diwujudkan untuk memasarkan produk-produk hasil perladangan jagung manis usahasama HPA dan PPK Negeri Kedah. Produk yang akan dijual di kiosk ini ialah Corn-in Cup, Pop Corn dan Jagung segar.

Keistimewaan jagung organik HPA ialah jagung segar dengan kaedah penamanan organik yang bebas racun dan baja kimia.

Radix Chicken House

Unit pembangunan perniagaan sedang membangunkan satu lagi bentuk perniagaan convenience khusus untuk penjualan hasil ayam yang kita namakan sebagai 'Radix Chicken House' (RCH). RCH ini akan wujud dalam bentuk cawangan yang akan membuat pasaran dalam beberapa bentuk iaitu:
1. Ayam Siap Masak
- Roasted Chicken (ayam panggang) dengan beberapa perasa.
2. Ayam mentah.
- Dijual siap dipotong dan bahagian-bahagian tertentu seperti peha, sayap dan lain-lain.
- Ayam kosong atau siap diperap dgn rempah.
3. Produk berkaitan
- Sos, Tepung RFC dll.
4. Aiskrim
5. Produk dari jagung.
- corn-in-cup
- jagung mentah
Sebagai permulaan kedai ini akan dibuka bersebelahan cawangan Alor Setar (Tandop) sebagai percubaan dan InsyaAllah dalam perancangan untuk diperkembangkan ke seluruh Malaysia dari masa ke semasa.

Khamis, 5 Mac 2009

Pengambilan pelajar ITHPA

Pengambilan pelajar untuk Institut Teknologi HPA akan di adakan segera, mereka yang berminat boleh menghubungi bahagian latihan bagi menghadiri temuduga terbuka.Syarat-syarat kemasukan ke Institut ini adalah seperti berikut:-

1. Memiliki sekurang-kurangnya diploma atau ijazah dari mana-mana universiti dalam
atau luar negara.
2. Berminat untuk mengukuti salah satu dari 3 program yang ditawarkan iaitu:-
a. sijil pengurusan ladang organic.
b. sijil pengurusan restoran segera RFC
c. Sijil Pengurusan Peniagaan MLMS.
3. Tempoh pendidikan : 1 tahun (termasuk tiori dan praktikal)
4. Pembiayaan setahun : RM 3000 sahaja.
5. Kaedah pembelajaran : sepenuh masa kecuali hari minggu.
6. Asrama disediakan dan makan dan minum (sendiri)
7. Mereka yang lulus akan mendapat tawaran bekerja dengan mana-mana syarikat HPA
yang ada dengan tawaran gaji mengikut skim gaji HPA.
8. Semasa praktikal – elaun di bayar RM 500.00 (paling minimum praktikal 3 bulan)
9. Pelajar yang cemerlang akan terus mendapat offer kerja dari syarikat2 dibawah HPA.
Penerangan lengkap akan diberikan pada pelajar yang terpilih.Mohon segera ke bahagian latihan:

Tel: 04-4482717/2715 Jafri, Azira, Syikin.

Rabu, 4 Mac 2009

Pernternakan ikan secara organik

Penternakan ikan secara organik ini dijalankan berhampiran dengan Ibu Pejabat HPA di Jejawi Perlis. Buat masa sekarang, penternakan ikan masih diperingkat permulaan dan antara ikan-ikan yang diternak ialah ikan keli, ikan puyu, ikan haruan dan ikan ubi/hantu yang banyak digunakan di restoren-restoren masakan cina.




ROC sudah beroperasi

Radix Oriental Cuisine telah pun memulakan operasi sepenuhnya semalam (4 Mac 09) dan kehadiran pelanggan diluar jangkaan walaupun belum ada sebarang promosi atau hebahan rasmi. Pada malam hari, Pengarah Urusan telah menjemput semua badan pengurusan kumpulan perniagaan HPA untuk hadir makan malam di ROC dan Pengarah Urusan telah membuat sedikit ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut. Surah Al-Fatihah dibacakan untuk memohon keberkatan keatas perniagaan baru kita ini. Moga-moga usaha kerdil yang kita lakukan ini bagi membantu menyelesaikan permasalahan ummah akan diberkati, diredhoi Allah dan dikira sebagai amal soleh disisi-Nya. Amin.


Projek jagung manis bersama PPK Kedah

















Pada 3 Mac yang lalu, bertempat di Dewan Seminar Cawangan HPA Sungai Petani telah berlangsung pertemuan diantara HPA dan PPK seluruh negeri Kedah. Perbincangan yang dipengerusikan oleh Pengarah Urusan, Tn Hj Ismail dan Ahmad telah dihadiri oleh GM dan pengurus-pengurus HPA Farms dan GM juga Pengurus-pengurus PPK seluruh negeri Kedah.






Topik perbincangan pada pertemuan kali ini membincangkan pembangunan projek jagung manis seluas 120 ekar yang diusahakan oleh ahli-ahli PPK Negeri Kedah. Untuk makluman, Negeri Kedah telah menjadi negeri 'pioneer' dalam perladangan jagung manis di Malaysia.




HPA sudah mula membangunkan produk-produk dari jagung manis yang terhasil dari perladangan tersebut. InsyaAllah, batch pertama hasil ladang akan keluar pada bulan Jun 09 dengan jangkaan lebih sejuta tongkol.

Isnin, 2 Mac 2009

Radix Oriental Cuisine mula beroperasi

Alhamdulillah, setelah selesainya urusan-urusan teknikal, insyaAllah ROC akan mula beroperasi pada 4 Mac 2009. ROC yang akan menghidangkan masakan ala-cina yang sekarang ini dilihat menjadi pilihan masyarakat terutamanya masyarakat muslim. malang sekali, kebanyakan restoren masakan cina yang berada di pasaran mengunakan bahan-bahan yang diragui ke'halal'annya. jadi, HPA mengambil tanggungjawab ini dalam menyediakan pilihan kepada pengguna khususnya masyarakat muslim yang meminati masakan cina.

Semua ahli HPA dijemput untuk merasai sendiri keenakan masakan ala-cina ini yang boleh kita nikmati tanpa ada keraguan padanya. Restoren ini juga ubahsuai ala chinese-modern yang cukup eksklusif, sesuai untuk dijadikan tempat perbincangan perniagaan dan majlis-majlis rasmi.