Rabu, 31 Disember 2008

Pendaftaran Sijil Herbalis HPA di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Dimaklumkan bahawa bahagian pembangunan projek sedang dalam proses mendaftar Sijil Herbalis sebagai kursus sijil yang diakui dan disahkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi(Sektor Pengurusan IPTS). Ini adalah salah satu langkah bagi mengukuhkan lagi mutu pendidikan yang ditawarkan oleh HPA sejajar dengan wawasannya untuk menubuhkan kolej persendirian (Kolej Teknologi HPA) berlandaskan roh perjuangan Islam sejati. InsyaAllah...

Selasa, 30 Disember 2008

Senarai AJK Penubuhan Kolej HPA

AJK Penubuhan Kolej HPA
Pengarah Projek: En Jafri Abu Bakar
Moderator/Penasihat: Prof. Madya Dr Ishak bin Sulaiman
AJK:
Ust Adnan Fadzil
En Mat Hashim bin Halim
Pn Che Rus Zaiton
Cik Norashikin Balkhis bt Yakath Ali
Pn Sharifah Roziah bt Syed Tahir Jalaluddin
Pak Yayat
Pak Habib

Modul Induksi Pekerja Baru HPA

Satu modul induksi akan dibangunkan bagi memperkasakan lagi mutu dan etika para pekerja kumpulan syarikat HPA akan diadakan. Tumpuan modul adalah untuk menerapkan budaya & etika pekerja yang murni berlandaskan roh perjuangan HPA kepada para pekerja baru yang dilantik oleh syarikat kumpulan HPA. Berikut merupakan para staf yang terlibat dalam projek tersebut:
AJK Pembangunan Modul Induksi Pekerja Baru HPA
Pengarah projek : En Jafri Abu Bakar
Koordinator : Sharifah Roziah bt S Tahir Jalaluddin
AJK
1. Ust Adnan bin Fadzil
2. Pak Yayat Ruhiyat
3. Pak Habib
4. Cik Azira Mamat
5. Cik Nurashikin Balkhis
6. En Fuzail Shukri

Perkhidmatan Yg Ditawarkan oleh Unit Latihan, IT & Multimedia

Bersempena dengan tahun baru 1430 Hijrah/2009, unit Latihan, IT & Multimedia telah merancang dan menyusun beberapa strategi untuk memantapkan lagi pengurusan dan aktiviti perniagaannya. Unit ini akan menawarkan perkhidmatan berkaitan urusan latihan dan pengurusan majlis (event management) kepada ahli syarikat kumpulan HPA dan orang ramai yang berminat.
Antaranya adalah perkhidmatan liputan sesebuah program termasuk penyediaan sistem PA, perakaman video (untuk CD) dan penyediaan multimedia (montaj dan sebagainya).
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah berpatutan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Unit Latihan, IT & Multimedia untuk keterangan lanjut.
Terbitkan Catatan

Hari Penganugerahan Sijil Herbalis Kali ke 15 (2008/2009)

Acara pembuka tirai 2009 bagi Unit Latihan, IT & Multimedia merupakan Hari Penganugerahan Sijil Herbalis kali ke 15. Progam tersebut akan diadakan pada 3hb Januari 2009 dan berlangsung di Dewan Umar Mukhtar,RFC Lagenda Heights, Sungai Petani.
Penganugerahan sijil akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Rektor Hj Ismail bin Hj Ahmad merangkap Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.
Hari penganugerahan gilang-gemilang ini akan diserikan lagi dengan kehadiran para jemputan yang dimuliakan iaitu ahli keluarga para peserta Sijil Herbalis kali ini, serta para jemputan khas iaitu para Pengurus Besar & Pengurus- Pengurus syarikat ahli kumpulan HPA dan para PJS yang dihormati.
Acara menarik pada hari tersebut selain acara penyampaian sijil merupakan persembahan bacaan Al-Quran, montaj khas mengenai perjalanan kursus serta gambar-gambar peserta yang terlibat secara candid dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.
Alhamdullilah...diharap program yang dirancang berjaya diselesaikan dengan penuh rasa kesyukuran.

Isnin, 29 Disember 2008

Perancangan Unit Latihan IT dan Multimedia dalam MLM.

Perbincangan tidak rasmi bersama Pengarah Urusan semalam di Cawangan Sungai Petani sebelum kuliah beliau bersama Pelajar Sijil Herbalis, Pengarah menyarankan supaya Unit Latihan IT dan Multimedia perlu mula membina kekuatan kewangan sendiri selain dari penganjuran program-program yang biasa diadakan. Unit Latihan perlu membuat perancangan berikut:

1. Unit Latihan menjadi Pusat Agensi berdaftar yang boleh membuat penjualan di tempat-tempat promosi, dalam program-program anjuran Unit Latihan dan lain-lain yang difikirkan sesuai. (Cik Azira & Cik Syikin perlu membuat tindakan permohonan dan pendaftaran segera).

2. Mewujudkan penempahan & penjualan produk secara online. (unit multimedia, En Yushairi dan En Hamidi perlu membuat perancangan dan kajian bagaimana program ini boleh diwujudkan).

(Promosi dan penjualan akan dibuat ketika program Seminar di Batang Kali anjuran Gabungan Nazir Masjid Dearah Hulu Selangor pada 10 Januari 2009).

Selain itu, Unit Promosi perlu mempunyai satu portable exhibition booth yang menarik yang boleh digunakan di pameran-pameran yang disertai. Unit Latihan IT dan Multimedia perlu dengan segera mendapatkan design dan sebutharga supaya perkara ini dapat dilaksanakan.

Mesyuarat Terdekat

1. Mesyuarat bersama Pengurusan El-Zahraa Sdn Bhd.
Tarikh: 30 Disember 08
Masa: 10 pagi
Lokasi: bilik mesyuarat El-Zahraa Sdn Bhd
Akan membincangkan hal-hal berbangkit mngenai kakitangan Unit Latihan, It dan Multimedia.
2. Mesyuarat bersama En Mohamad Osman dari Ipoh mengenai projek kilang aiskrim.
Tarikh: 30 Disember 08.
Lokasi: RFC.
Masa: 11 pagi.
Mesyuarat akan membincangkan mengenai kedudukan En Osman didalam HPA, Gaji yang akan diberikan, elaun dan insentif pengeluaran yang terlibat dan lain-lain hal operasi kilang aiskrim.

3. Mesyuarat bersiri team pelaksana Program Sijil Herbalis ke-15
Tarikh: 30 Disember 08
Masa: 2.00ptg
Lokasi: Tkt 3 Cawangan Sungai Petani.
Perbincangan hal-hal berbangkit dalam pengurusan Program Sijil Herbalis.

4. Mesyuarat bersama Gabungan Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor.
Tarikh: 31 Disember 2008
Masa: 9.30 pagi
Lokasi: Dewan serbaguna Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor.
Perkara yang akan dibincangkan ialah mengenai Seminar yang akan diadakan pada 10 Januari 09. Kakitangan lain yang terlibat ialah Puan Siti Hazliana, Pengurus Zon Tengah.

Ahad, 28 Disember 2008

Usaha memastikan kelancaran dan quality pengurusan KPJ

Dalam usaha untuk memastikan kelancaran dan pengurusan terbaik program-program dibawah pengurusan Unit Latihan terutamanya KPJ, Unit Latihan telah mengambil tindakan-tindakan tersebut:
1. Mewujudkan portfolio-portfolio khas untuk setiap program KPJ. Senarai portfolio adalah:
a. Penyelaras Program yang bertanggungjawab terhadap keseluruhan A - Z program.
b. Logistik & Pengangkutan: bertanggungjawab terhadap pengurusan logistic, nota kuliah, alatulis, dan lain-lain yang berkaitan.
c. PA System & Multimedia: bertangungjawab sepenuhnya terhadap PA System dan Multimedia.
d. Pentadbiran & Pendaftaran: bertanggungjawab terhadap pendaftaran, hal-hal berkaitan peserta, dokumen dan file, perakaunan dan lain-lain yang berkaitan.
2. Mengadakan mesyuarat pre-program (sebelum program) dan post-program (selepas program).
3. Mewujudkan check list keperluan program.
4. Memastikan semua keperluan & susunatur program lengkap dan teratur 1 jam sebelum program bermula.

Quality Quote for the day

Quality quote for the day

“To become a courageous leader, you must realize that accepting responsibility is not optional – its mandatory”

~ David Cottrell ~

Mendokumenkan program-program anjuran Unit Latihan.

Satu team telah ditubuhkan dalam rangka untuk mendokumenkan maklumat-maklumat program-program yang dianjurkan oleh Unit Latihan secara terperinci. Team tersebut akan diketuai oleh Cik Syikin.

Antara program dibawah pemantauan Unit Latihan ialah:
1. KPJ
2. PIC
3. Sijil Herbalis
4. Lawatan
5. PJJ
6. Promosi (luaran dan dalaman)
7. Seminar Agen Stok
8. Program jemputan spt MAHA, MIHAS etc
9. Penajaan dan Sumbangan
10. Kursus Jangka Pendek spt Kiropraktik, Bekam, Refleksologi.
11. Rakaman Program
12. Perjumpaan staff
13. Herbalis Muda
14. Mesyuarat Syarikat

Antara tindakan yang akan dibuat dalam mendokumenkan maklumat program:
1. Album gambar-gambar.
2. Data-data peserta secara lengkap
3. Maklumat terperinci mengenai program.
4. Video rakaman
5. Modul-modul serta bahan yang digunakan.
6. Semua dokumen adalah dalam bentuk hard copy dan soft copy.

Team pelaksana:
1. Fudhail: KPJ & Lawatan
2. Hamidi: Promosi, Program-program jemputan & Penajaan dan sumbangan
3. Umair: Seminar agen stok, Perjumpaan staff & Mesyuarat syarikat
4. Yushairi: CD dan rakaman & Herbalis Muda
5. Azira: Sijil Herbalis & PIC
6. Syikin: Kursus Jangka Pendek & PJJ

Dateline penyerahan ialah pada 9 Januari 2009.

KPJ di Ipoh

Alhamdulillah, KPJ di Ipoh yang berlangsung pada 27 Disember yang lalu telah mendapat respons yang baik dari ahli-ahli HPA sekitar negeri Perak. Saya sendiri menjangkakan kehadiran yang agak kurang pada awalnya disebabkan kesesakan yang berlaku kerana Program Suarasa tajaan TV9 yang berlangsung di Kawasan yang sama, namun jangkaan saya meleset, ahli-ahli sanggup berjalan jauh (kerana parking penuh) untuk hadir ke program KPJ tersebut sehingga tempat duduk penuh. Syukur pada Allah.

Program bermula tepat jam 9 dengan ucapan pembukaan oleh MC (saya sendiri) dan diteruskan dengan kuliah yang cukup bersemangat dan menarik oleh Tuan Pengarah Urusan. Majlis turut disempurnakan dengan dua testimonial yang tidak kurang hebatnya. Program diakhiri dengan khidmat nasihat perubatan oleh Tuan Pengarah Urusan sehingga jam 12 malam.

Saya melihat bahawa ahli-ahli HPA sentiasa dahagakan ilmu dan semua program-program ilmu yang dianjurkan InsyaAllah tidak mengecewakan. Ini merupakan satu petunjuk yang amat positif dalam usaha kita untuk memartabatkan Perubatan Herba ini khususnya Perubatan Jawi. InsyaAllah.

Radix Cafe / Warung Radix

Satu brainstorming session telah diadakan pada 27 Disember yang lepas di RFC untuk mencari konsep pembangunan perniagaan Radix Café. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Saya sendiri, AGM Ustaz Abd Samad Ayob, Puan Khairun Nisaa Lee Abdullah dan Puan Sharifah Roziah.

Antara perkara-perkara yang telah dicapai dalam perbincangan tersebut ialah:
1. Mewujudkan satu jenis restoren yang bersifat leisure and relax yang akan attach dengan cawangan-cawangan HPA.
2. Menjadi satu tempat rehat dan tempat ahli-ahli bertukar pandangan setelah berurusan di cawangan HPA atau sebelum/selepas mengikuti program mingguan/program-program HPA.
3. Menyediakan makanan dan minuman ringan seperti sandwich, kuih-muih, roti bakar, nasi lemak dan lain-lain. Dan yang pastinya makanan dan minuman dari produk-produk HPA.
4. Mencadangkan penggunaan nama Warung Radix kerana nama warung adalah lebih bersifat kampungan, relax dan tenang dan sesuai kepada semua golongan yang ada dalam keluarga HPA.
5. Perniagaan ini dibawah pengurusan dan pemantauan ROC.
6. Penyediaan bahan mentah (basah) yang minimum di restoran. Penggunaan lebih kepada produk/makanan yang disejuk bekukan/pre-prepared.

Unit Pembangunan Perniagaan bersama Team ROC akan menyediakan kertas kerja perniagaan secara lebih lengkap.

Ahlan wa sahlan!!

Assallamu’alaikum w.b.t. dan Salaam Maal Hijrah!!

Selamat datang ke blog Pembangunan Perniagaan HPA yang dikendalikan oleh saya, Jafri bin Abu Bakar, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan HPA Industries Sdn Bhd dan dibantu oleh Pegawai Pembangunan Perniagaan, Puan Sharifah Rodziah.

Blog ini akan membicarakan tentang perkembangan perniagaan HPA dari masa ke semasa. Begitu juga dengan update terkini bahagian-bahagian ataupun tugasan-tugasan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan team Pembangunan Perniagaan. Antara bahagian yang terlibat secara langsung adalah Unit Latihan, Promosi dan Multimedia yang pada masa ini dibawah pemantauan saya sendiri sebagai Pengurus dibantu oleh team yang tidak pernah kenal erti penat lelah.

Antara fungsi utama Unit Pembangunan Perniagaan HPA ini ialah untuk mencari dan mengkaji peluang-peluang perniagaan yang dilihat boleh memberi advantage kepada perniagaan HPA.

Untuk makluman, antara projek-projek dibawah kendalian team Pembangunan Perniagaan buat masa ini ialah:
1. Projek Hotel 4 bintang di Kelantan.
2. Projek Aiskrim Halal di Ipoh.
3. Projek Institut Teknologi HPA di Alor Setar.
4. Pengurusan Unit Latihan, Promosi dan Multimedia yang menjalankan aktiviti program-program pendidikan berkala seperti KPJ, PIC dan lain-lain. Juga menguruskan lawatan-lawatan dan promosi-promosi luar.
5. Projek Radix Oriental Cuisine (ROC)
6. Perancangan pengembangan Jawi Herb Shop.
7. Perancangan Radix Café.
8. Wakil Pengarah Urusan dan Kumpulan Perniagaan HPA Industries untuk berurusan dengan Pihak Kerajaan, Badan Berautoriti dan lain-lain.