Rabu, 18 Mac 2009

Forum Halal Haram di UTP

Forum di Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar pada 13 Mac yang lalu bagi pandangan saya cukup menarik. Buat pertama kalinya panel-panel yang dipilih untuk membahaskan satu tajuk iaitu ‘umum mengetahui tapi rahsia tak terungkap’ boleh saya simpulkan dengan satu perkataan iaitu, ‘complete circle’.


Perbincangan berkisarkan tentang permasalahan produk dan makanan haram yang terhidang dipasaran masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Panel forum ialah, Ust Jamil dari Jabatan Agama Islam Perak, Tn Hj Mat Fuad dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan saya sendiri, mewakili HPA Industries Sdn Bhd. Forum dipengerusikan oleh Ustaz Rahmat dari UTP.

Saya sebutkan complete circle kerana ahli panel yang dipilh mewakili kumpulan masing-masing dapat membincangkan secara jelas tentang permasalahan yang berlaku sehingga dapat menyimpulkan solusi terhadap permasalahan yang dibangkitkan.

CAP mengeluarkan dan membangitkan isu permasalahan produk dan makanan haram di Malaysia, JAIP pula membincangkan tentang hubungkait agama dangan pemakanan dengan nas-nas yang berkaitan, juga permasalahan pengeluaran sijil-sjil halal kepada pengeluar produk makanan di Malaysia. Manakala HPA menyediakan penyelesaian kepada permasalahan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran produk pengganti.

Perbincangan yang amat menarik ini telah membuka minda pelajar-pelajar, pensyarah UTP, dan jemputan-jemputan khas yang mengikuti forum tersebut dan mendapat respon yang amat positif daripada mereka.

Pada 14hb, majlis penutup heart4islam anjuran Rakan Masjid UTP berlangsung dengan rasminya. Kehadiran kumpulan nasyid In-Team ternyata telah menceriakan suasana. Saya sempat berbincang panjang dengan ahli-ahli kumplan nasyid tersohor ini dan mereka turut mengikuti perkembangan HPA secara dekat dan turut terkesan dengan permasalahan ummah terutamanya mengenai makanan haram yang berlegar dipasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan