Isnin, 29 Jun 2009

RFC laguna telah beroperasi

Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.

RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan 'drive-thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.

Jumaat, 26 Jun 2009

Kopi Radix bakal ke Timur Tengah

Pertemuan Pengarah Urusan dan team HPA bersama Sheikh Daud dari Syria pada 24 Jun yang lepas di Pejabat Pengarah Urusan Sungai Petani InsyaAllah bakal menyaksikan Kopi Radix keluaran HPA membuka pasaran di Syria. Pertemuan awal ini bagi membincangkan bagaimana HPA dapat meneroka pasaran di sana. Bagi merealisasikan tujuan ini, team HPA akan ke Syria awal Julai nanti.

Pengarah Urusan juga telah memberikan lampu hijau kepada Unit Pembangunan Perniagaan untuk meneruskan perbincangan dengan wakil pengedar di Mesir lanjutan dari pertemuan HPA dengan Sheikh Ibrahim El Masri dari International Trade Import & Export dan Sheikh Hossam Awad dari AlFahim Ent Est, Mesir pada 15 Mei yang lepas.

Marilah kita sama-sama doakan agar HPA diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyebarkan produk halal ke seluruh dunia, menyelesaikan permasalahan global umat Islam.

Anugerah terbaru HPA

Anugerah terbaru HPA Industries Sdn Bhd.

Anugerah Inovasi Jaya
-KOPI RADIX-


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia
sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Perlis

26 Jun 2009

Pertemuan HPA bersama Kedah Agro Holding

Kedah Agro Holdings, GLC dibawah Perbadanan Menteri Besar Kedah berkesudian mengadakan pertemuan dengan pihak HPA bagi membincangkan usahasama bagi membangun dan mengkormesialkan aktiviti pertanian, penternakan dan perikanan khususnya di Negeri Kedah.

Pertemuan tersebut berlangsung pada 25hb Jun di Cawangan HPA Shahab Perdana Alor Setar, Kedah. Kedah Agro Holdings diketuai Tn Hj Anuar Tahir bersama Pengarah dan Pengurus-pengurus Besar anak-anak Syarikat Kedah Agro Holdings. HPA di wakili oleh Pengarah Urusan sendiri, Tn Hj Ismail bin Ahmad.

Khamis, 18 Jun 2009

Pelajar HPA ke Turki

InsyaAllah pada 24hb Jun ini 3 pelajar dibawah Institut Teknologi HPA akan melanjutkan pelajaran ke Turki dibawah bidang Tahfiz Al-Quran selama 3 tahun di Institut Insya'iah Instanbul. Mereka ialah Ahmad Fariz bin Ramli, Abdul Razak bin Abdul Rahim dan Mohamad Solihin Furqan bin Syahidan.

Program pengajian Islam ini bermula di Sekolah Tahfiz kelolaan HPA di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke negara luar mengikut bidang masing masing seperti di Turki, Syria, Morocco, Mesir dan Sudan.

InsyaAllah, pada bulan Julai ini 10 lagi pelajar akan melanjutkan pelajaran dalam bidang Qiraat di Mesir. Ahli-ahli HPA yang berhasrat untuk membuat sumbangan peribadi dalam bentuk sedekah atau zakat boleh menghubungi saya di talian 013-438 4717.

atau boleh juga terus masukkan sumbangan terus ke akaun Ustaz Jamaluddin BIMB 020057020143740.

Khamis, 11 Jun 2009

Update akhir: jemaah umrah

Jemaah Umrah kali ke3 HPA Ilham Holidays semuanya telah selamat kembali ke Malaysia, Alhamdulillah. Jemaah terakhir telah menjejakkan kaki di bumi Malaysia pada sekitar jam 4.00ptg semalam 10 Jun 2009.
Album jemaah umrah 4

Saya tidak berkesempatan untuk update aktiviti-aktiviti jemaah di Makkah kerana masalah kemudahan internet.

Kami tiba di Makkah dari Madinah pada 31 Mac 2009. Jemaah terus dibawa untuk mengerjakan umrah yang pertama. Perasaan terharu ketika melihat kaabah terutama kepada yang pertama kali mejejakkan kaki di Masjidil Haraam. Selesai umrah menjelang suboh.

Sepertimana di Madinah, HPA Ilham memilih untuk menempatkan jemaah di hotel yang hampir dengan masjid untuk kemudahan beribadat. Hotel Al-Karim yang diduduki jemaah hanya sekitar 5 minit berjalan kaki ke Masjid sememangnya memberikan keselesaan untuk berulang alik melalukan ibadat.

Hari ke 3 dan 4 di Makkah, jemaah dibawa untuk lawatan disekitar Makkah dan majlis penutup dibuat pada malam 6hb, makan nasi mandi di telaga zam-zam (sekadar nama tempat) iaitu tempat rehat-rehat keluarga Arab di sana.

Begitulah secara ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program Umrah yang dikendalikan oleh HPA Ilham Holidays. Banyak respons dari kalangan jemaah yang kami terima dan Alhamdulillah banyak yang positif. Namun, bagi HPA Ilham yang masih baru dalam pengendalian jemaah Umrah, masih banyak yang perlu dipelajari. Segala permasalahan dan pengalaman baru yang dilalui akan dijadikan pedoman untuk memastikan peningkatan kualiti pengurusan jemaah dimasa-masa akan datang.
Album jemaah umrah 5

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua jemaah yang mengikuti program Umrah kali ini dan kami doakan supaya ibadat Umrah yang telah dilaksanakan diterima oleh Allah. Jutaan kemaafan kami pohonkan diatas segala kelemahan dan segala salah dan silap sepanjang mengendalikan jemaah umrah pada kali ini. Kami mengharapkan sokongan berterusan dari ahli-ahli HPA diseluruh Malaysia bagi memastikan kesinambungan usaha kami untuk memberikan khidmat yang terbaik khasnya kepada ahli-ahli HPA dan penduduk Malaysia amnya untuk menjadi tetamu Allah di dua tanah Haraam.

Jafri bin Abu Bakar
HPA Ilham Holidays Sdn Bhd