Album jemaah umrah 4 |
Saya tidak berkesempatan untuk update aktiviti-aktiviti jemaah di Makkah kerana masalah kemudahan internet.
Kami tiba di Makkah dari Madinah pada 31 Mac 2009. Jemaah terus dibawa untuk mengerjakan umrah yang pertama. Perasaan terharu ketika melihat kaabah terutama kepada yang pertama kali mejejakkan kaki di Masjidil Haraam. Selesai umrah menjelang suboh.
Sepertimana di Madinah, HPA Ilham memilih untuk menempatkan jemaah di hotel yang hampir dengan masjid untuk kemudahan beribadat. Hotel Al-Karim yang diduduki jemaah hanya sekitar 5 minit berjalan kaki ke Masjid sememangnya memberikan keselesaan untuk berulang alik melalukan ibadat.
Hari ke 3 dan 4 di Makkah, jemaah dibawa untuk lawatan disekitar Makkah dan majlis penutup dibuat pada malam 6hb, makan nasi mandi di telaga zam-zam (sekadar nama tempat) iaitu tempat rehat-rehat keluarga Arab di sana.
Begitulah secara ringkas aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam program Umrah yang dikendalikan oleh HPA Ilham Holidays. Banyak respons dari kalangan jemaah yang kami terima dan Alhamdulillah banyak yang positif. Namun, bagi HPA Ilham yang masih baru dalam pengendalian jemaah Umrah, masih banyak yang perlu dipelajari. Segala permasalahan dan pengalaman baru yang dilalui akan dijadikan pedoman untuk memastikan peningkatan kualiti pengurusan jemaah dimasa-masa akan datang.
Album jemaah umrah 5 |
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua jemaah yang mengikuti program Umrah kali ini dan kami doakan supaya ibadat Umrah yang telah dilaksanakan diterima oleh Allah. Jutaan kemaafan kami pohonkan diatas segala kelemahan dan segala salah dan silap sepanjang mengendalikan jemaah umrah pada kali ini. Kami mengharapkan sokongan berterusan dari ahli-ahli HPA diseluruh Malaysia bagi memastikan kesinambungan usaha kami untuk memberikan khidmat yang terbaik khasnya kepada ahli-ahli HPA dan penduduk Malaysia amnya untuk menjadi tetamu Allah di dua tanah Haraam.
Jafri bin Abu Bakar
HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan