Jumaat, 26 Jun 2009

Kopi Radix bakal ke Timur Tengah

Pertemuan Pengarah Urusan dan team HPA bersama Sheikh Daud dari Syria pada 24 Jun yang lepas di Pejabat Pengarah Urusan Sungai Petani InsyaAllah bakal menyaksikan Kopi Radix keluaran HPA membuka pasaran di Syria. Pertemuan awal ini bagi membincangkan bagaimana HPA dapat meneroka pasaran di sana. Bagi merealisasikan tujuan ini, team HPA akan ke Syria awal Julai nanti.

Pengarah Urusan juga telah memberikan lampu hijau kepada Unit Pembangunan Perniagaan untuk meneruskan perbincangan dengan wakil pengedar di Mesir lanjutan dari pertemuan HPA dengan Sheikh Ibrahim El Masri dari International Trade Import & Export dan Sheikh Hossam Awad dari AlFahim Ent Est, Mesir pada 15 Mei yang lepas.

Marilah kita sama-sama doakan agar HPA diberikan kekuatan oleh Allah untuk menyebarkan produk halal ke seluruh dunia, menyelesaikan permasalahan global umat Islam.

3 ulasan:

  1. Salam jef. Kopi Radix dah sampai kat Jordan dah.... Dah setahun dah..... Bukan kata kopi radix, hampir semua produk, incl centella white, sampai dah di bumi Syams. Tiap2 bulan sampai di Jordan..... Post master di pej pos di Karak, Jordan pun dah minum dah kopi radix.

    BalasPadam
  2. Namun, tahniah diucapkan krn nak masuk ke Syria.

    BalasPadam
  3. T.Kasih ust krn mempromosikan produk HPA di Jordan. bila kita boleh buat arrangement utk buka pasaran di sana? cari distributor. Ustaz boleh bantu? target student dulu pun dah ok.

    BalasPadam