Ahad, 19 Julai 2009

HPA di Timur Tengah (update 2)

Syria
Pertemuan dengan Pelajar Malaysia di Syira juga telah disusun dengan baik oleh Persatuan Pelajar Malaysia di sana. InsyaAllah, HPA menyediakan peluang kerjaya kepada para ustaz dan ustazah yang bakal pulang ke Malaysia satu hari nanti khususnya sebagai pensyarah di Insitut Teknologi HPA.

Banyak sumber tempatan di Syria yang boleh HPA manfaatkan. Pada masa sekarang HPA membeli minyak zaitun dari bumi anbiya ini untuk pasaran MLM. Pejabat operasi di Syria juga telah dicadangkan oleh Pengarah Urusan bagi urusan tersebut.

Saudi (Makkah)
Saya sendiri telah diamanahkan untuk membangunkan potensi HPA di Saudi khususnya di Makkah AlMukarramah ini. Perbincangan berterusan dengan pelbagai pihak telah disusun dalam menjayakan misi ini. InsyaAllah HPA melihat peluang yang terbentang dalam memastikan kewujudan HPA di bumi yang penuh barokah ini.

Satu syarikat MLM dari Malaysia telah terlebih dahulu mempelopori pasaran Saudi. beribupejabat di Jeddah, mereka mendapat sambutan yang baik dari masyarakat Saudi setelah 5 tahun membuka perniagaan di sana. Pertemuan saya dengan salah seorang leader dari syarikat tersebut semalam telah membuka mata beliau tentang matlamat, visi dan misi syarikat. Tidak mustahil HPA juga mampu berada di dalam masyarakat Saudi apatah lagi dengan wadah Islam yang kita bawa didalam perniagaan kita. InsyaAllah, sama-sama kita doakan.

HPA di Timur Tengah (update 1)

Setelah ke Mesir pada 10 hb Julai kemudian ke Syria pada 12hb, saya sekarang berada di tanah suci Makkah AlMukarramah. Misi HPA ke Timur Tengah makin terserlah dan jalannya sudah mula kelihatan. Beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat telah menghasilkan idea-idea yang akan memudahkan proses pengembangan perniagaan HPA ke Timur Tengah khususnya di 3 buah negara tersebut.

Kaherah
Penerbangan ke Mesir telah delay sehingga hampir 5 jam disebabkan ada penumpang yang terkena serangan jantung. Pesawat terpaksa singgah di Muskat untuk urusan penumpang tersebut. Sampai di Kaherah, disebabkan jadual telah disusun, maka team HPA hanya sempat rehat seketika dan program keusahawanan bersama pelajar Malaysia di Mesir diteruskan.Walaupun keletihan, team HPA yang diketuai oleh Pengarah Urusan tetap bersemangat mengisi slot-slot yang telah disusun. Hampir semua pelajar yang hadir dengan jumlah sekitar 100 orang telah mengisi borang menjadi ahli HPA dalam program tersebut.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=636:seminar-keusahawanan-pmram-&catid=1:pmram&Itemid=63

Tahniah kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang begitu bersungguh-sungguh dalam menjayakan program tersebut.

Dalam mesyuarat pada malam tersebut, Pengarah telah memutuskan untuk membuka pejabat operasi di Kaherah dengan seberapa segera dengan team yang terlibat ialah Jafri, Ustaz Ahmad Adnan & Ustaz Abd Samad.

Khamis, 9 Julai 2009

Kompleks Usahawan HPA (Pekan Rabu SP)

HPA telah mengadakan perbincangan dengan pihak MPSPk untuk menguruskan bangunan Pekan Rabu di Sungai Petani, Kedah. Bangunan yang berkonsepkan Pekan rabu di Alor Setar itu dilihat amat sesuai bagi menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan yang melibatkan masyarakat.

HPA bercadang untuk menjadikan Pekan Rabu tersebut sebagai Kompleks Usahawan HPA yang menempatkan usahawan-usahawan yang antaranya akan menjadi vendor kepada perniagaan HPA. Juga diwujudkan kawasan riadah keluarga di tingkat 3 bangunan tersebut yang menempatkan antaranya tempat memanah, gymnasium, family cinema dan lain-lain. Begitu juga di tingkat bawah akan dijadikan dataran kebudayaan Islam. HPA akan menganjurkan persembahan-persembahan kebudayaan Islam secara berkala bagi memberi satu alternatif kepada hiburan yang melalaikan. Satu dewan bakal dibina untuk mengajurkan kursus-kursus keusahawan. Sepertimana Pekan Rabu Alor Setar, disini juga akan dijual barangan-barangan ibadah, kuih-muih, barangan-barangan kraftangan dan lain-lain dan nama Pekan Rabu akan dikekalkan sebagai trademark bangunan tersebut.

InsyaAllah, HPA akan membangunkan potensi Pekan Rabu ini yang bakal menyaksikan berpusu-pusu masyarakat mengunjungi tempat ini.

RFC di makkah

Lokasi RFC di Makkah telah dikenalpasti dan urusan penyewaan premis sedang dijalankan. Demikian juga urusan pendaftaran syarikat HPA di Saudi sedang giat diuruskan. Team HPA bersama Pengarah Urusan akan bersama-sama ke Saudi untuk melihat sendiri lokasi tersebut.

Lokasi yang dipilih amat strategik iaitu di Aziziah berdekatan dengan Mina. dari khemah-khemah penginapan jemaah haji di Mina hanya melintasi terowong, para jemaah haji akan bertemu dengan RFC tersebut. Kedudukan di tepi lebuhraya menuju ke Madinah dan jeddah akan memberikan kelebihan dalam bentuk iklan.

Dari Masjidilharaam, perjalanan menaiki teksi akan mengambil masa sekitar 10 minit. Doakan supaya Allah mempermudahkan urusan kita untuk bertapak di Bumi Haraam ini.

Rabu, 8 Julai 2009

Team HPA ke Syria, Mesir & Saudi

InsyaAllah, team HPA bersama Pengarah Urusan akan ke Syria, Mesir dan Saudi pada 10 Julai ini bagi meninjau pasaran di Timur Tengah. Beberapa pihak di negara-negara tersebut telah menunjukkan minat bagi memasarkan produk HPA di sana khususnya Kopi Radix. Perbincangan awal telah berlangsung sebelum ini dan HPA mengambil keputusan untuk ke negara-negara berkenaan untuk melanjutkan perbincangan dan melihat sendiri peluang di sana.