Ahad, 19 Julai 2009

HPA di Timur Tengah (update 1)

Setelah ke Mesir pada 10 hb Julai kemudian ke Syria pada 12hb, saya sekarang berada di tanah suci Makkah AlMukarramah. Misi HPA ke Timur Tengah makin terserlah dan jalannya sudah mula kelihatan. Beberapa siri perbincangan dengan pihak-pihak yang terlibat telah menghasilkan idea-idea yang akan memudahkan proses pengembangan perniagaan HPA ke Timur Tengah khususnya di 3 buah negara tersebut.

Kaherah
Penerbangan ke Mesir telah delay sehingga hampir 5 jam disebabkan ada penumpang yang terkena serangan jantung. Pesawat terpaksa singgah di Muskat untuk urusan penumpang tersebut. Sampai di Kaherah, disebabkan jadual telah disusun, maka team HPA hanya sempat rehat seketika dan program keusahawanan bersama pelajar Malaysia di Mesir diteruskan.Walaupun keletihan, team HPA yang diketuai oleh Pengarah Urusan tetap bersemangat mengisi slot-slot yang telah disusun. Hampir semua pelajar yang hadir dengan jumlah sekitar 100 orang telah mengisi borang menjadi ahli HPA dalam program tersebut.

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=636:seminar-keusahawanan-pmram-&catid=1:pmram&Itemid=63

Tahniah kepada pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang begitu bersungguh-sungguh dalam menjayakan program tersebut.

Dalam mesyuarat pada malam tersebut, Pengarah telah memutuskan untuk membuka pejabat operasi di Kaherah dengan seberapa segera dengan team yang terlibat ialah Jafri, Ustaz Ahmad Adnan & Ustaz Abd Samad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan