Khamis, 6 Ogos 2009

Institut Teknologi HPA

Tahniah kepada team I.T.HPA yang telah berjaya membuat pengambilan pertama pelajar dalam bidang keusahawan. Majlis taklimat yang telah diadakan pada 3hb Ogos yang lepas mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun tanpa hebahan yang meluas. Saya yakin pada pengambilan kedua bulan hadapan akan mendapat respons yang lebih baik dengan hebahan awal yang telah dibuat. Saya sendiri telah mengisi slot pertama pelajar dengan perbincangan mengenai Perniagaan HPA. Perbincangan berkisarkan tentang Sejarah, Visi Misi & objektif, Struktur organisasi, struktur syarikat, anak-anak syarikat & perniagaan dan lain-lain yang berkaitan. Program peringkat pertama ini akan berjalan selama sebulan dan peringkat kedua akan bersambung pada bulan hadapan. Lagi sekali, tahniah kepada I.T.HPA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan