Rabu, 5 Ogos 2009

Projek perniagaan di Saudi Arabia

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah yang dengan keizinan_nya mengizinkan HPA menapakkan kaki di Tanah Haraam ini.

Setelah beberapa kali berada di Saudi dalam usaha untuk membuka pasaran di sana, akhirnya ruang telah terbuka. Persetujuan beberapa pihak untuk membantu memasar dan mengedarkan produk HPA telah membakar semangat kita untuk terus menempatkan diri di sana. InsyaAllah, produk HPA terutamanya kopi Radix boleh didapati di kedai dan restoren sekitar Mekah. Untuk peringkat awal, dua restoren kepunyaan rakyat Malaysia disana telah memberikan persetujuan untuk memasarkan produk HPA dan bakal menyenaraikan kopi Radix sebagai salah satu menu minuman. Satu team pemasaran juga telah dirancang bagi mempergiatkan penyebaran produk HPA di seluruh Saudi.

Syarikat HPA 'Alamiah (international) yang ditubuhkan dengan pengurusan 100% HPA Malaysia, beribupejabat di Makkah Almukarramah akan menjadi sole distributor produk HPA disana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan