Rabu, 5 Ogos 2009

Seminar Ekonomi Masjid - Daerah Hulu Langat

Seelepas kejayaan 6 kiosk dan cawangan Masjid di Daerah Hulu Selangor, kini HPA melonjakkan jangkauan ke daerah yang lain. Hasil perbincangan dengan Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Hulu Langat pada 24 Julai yang lepas telah mencapai persetujuan bagi menganjurkan satu seminar Ekonomi Masjid yang akan diadakan pada 16 Ogos ini. Seminar ini bertujuan memberi peluang dan kesedaran kepada Masjid-masjid yang berada dibawah pantauan mereka mengenai program pembangunan ekonomi masjid dengan pemasaran produk halal kepada mesyarakat bersama dengan HPA. Model perniagaan masjid sedia ada di Hulu Selangor dijadikan rujukan khusus.

Sebanyak 45 buah masjid yang diwakili nazir dan jawatankuasa bakal menghadiri program tersebut yang bakal diadakan di De Palma Inn Sepang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan