Sabtu, 28 Februari 2009

Program heart 4 Islam anjuran UTP


HPA telah menjadi penaja utama program Heart 4 Islam dan Halal Fest anjuran Universiti Teknologi Petronas, Sri Iskandar, Perak yang berlangsung selama sebulan hingga 14 Mac 09. HPA telah dipelawa untuk mengisi pameran termasuk dua program kuliah dan forum iaitu:


1. Ceramah Halal dan Haram
Tarikh: 1 Mac 09
Masa: 9.00 mlm
Penceramah: Jafri bin Abu Bakar
Pengurus Pembangunan Perniagaan


2. Forum isu Halal Haram
Tarikh: 13 Mac 09
Masa: 9.00 mlm
Panel Forum:
- Tn Hj Ismail bin Ahmad, Pengarah Urusan HPA Industries
- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
- Jabatan Agama Islam Perak (JAIP)


Semua ahli HPA dijemput hadir.

Jumaat, 27 Februari 2009

Aiskrim Toyyibah

4 jenis aiskrim toyyibah yang akan dilancarkan pada 9 Mac ini.

HPA Halal Mall


Beginilah gambaran artist bangunan HPA Halal Mall yang akan dibangunkan di Sungai Petani, Kedah. Bangunan 4 tingkat ini akan turut menempatkan cawangan, pusat pentadbiran zon, RFC dan restoren-restoren HPA.


HPA Halal Mall dibangunkan bertujuan untuk menjadi salah satu pusat pemasaran produk halal sabagai satu pilihan kepada pengeluar produk-produk halal Muslim. Halal Mall ini bukan hanya menjual barangan keluaran HPA bahkan akan turut menjual barangan keluaran Muslim di Malaysia khususnya. Namun begitu, pengeluar-pengeluar yang berminat memasarkan produk mereka melalui Halal Mall perlu menyerahkan sample dan bahan yang digunakan dalam pembuatan produk-produk mereka kepada Panel Syariah yang akan menilai dan memastikan kesucian bahan-bahan yang digunakan itu. Produk tersebut akan mengekal label keluaran mereka sendiri cuma tambahan yang HPA akan masukkan ialah label yang menyatakan 'produk ini diluluskan oleh Panel Syariah HPA'.


Marilah kita sama-sama doakan agar Allah permudahkan urusan kita dalam merealisasikan cita-cita kita ini, Amin.

Ahad, 22 Februari 2009

Kod SMS info penyakit dan Sinergi Herba

Berikut disenaraikan kod sms bagi pertanyaan sinergi herba untuk penyakit-penyakit yang dihadapi.

Cth sms: RADIX INFO SH004 - dan hantar ke 33886 (pertanyaan ini adalah untuk penyakit buasir)

KOD & MASALAH

SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAM
SH017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH

Pertemuan HPA dengan Koperasi Masjid Negeri Perak.

Pagi tadi sekitar jam 11 telah berlangsungnya satu pertemuan yang akan melakarkan satu lagi sejarah HPA. Pertemuan dengan Koperasi Masjid-Masjid Negeri Perak yang diadakan di Masjid Negeri, Ipoh Perak akan membuka ruang untuk HPA menyebarkan produk halal kepada masyarakat melalui insitusi masjid dan sekaligus akan membantu membina ekonomi masjid.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi Masjid Negeri Perak (KOMAS) Y.Bhg Dato' Mohd Noor Mansor AlHafiz yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Mesyuarat turut dihadiri oleh setiausaha, Tn Hj Bon Yamin dan seluruh pimpinan KOMAS. Tidak ketinggalan PJ Ustaz Rohaizan yang menjadi penghubung diantara pihak HPA dan KOMAS. KOMAS mempunyai sekitar 700 masjid berdaftar sebagai ahli.


HPA telah diberikan ruang untuk membentangkan cadangan bagi menjadikan Masjid sebagai pusat penyebaran produk halal kepada masyarakat. Selain dari itu, usaha ini dilihat dapat membangunkan ekonomi insitusi masjid secara tidak langsung dan masjid mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat setempat hasil dari kewujudan HPA di masjid-masjid.


Perbincangan juga berkisar tentang cadangan mewujudkan restoren Radix Organic Recepies (ROR) di bangunan kepunyaan KOMAS di bandar Ipoh. begitu juga cadangan-cadangan pembangunan tanah-tanah yang dimliki oleh pihak masjid dan PERKIM Perak.


InsyaAllah, kita doakan supaya usaha ini dapat direalisasikan dan mendapat keberkatan dari Allah dan pada ketika itu kita dapat melihat kembalinya kegemilangan institusi masjid seperti yang berlaku di zaman kegemilangan Islam. Amin.

Sabtu, 21 Februari 2009

Sistem SMS info

HPA telah melangkah seiring dengan teknologi terkini mengikut peredaran zaman. Yang terbaru, semua ahli HPA boleh mendapat maklumat-maklumat melalui HPA khususnya maklumat kesihatan dan produk melalui sistem SMS.


1) Jika ada masalah kesihatan dan perlukan sinergi herba:

Type: RADIX(jarak)INFO(jarak)SH(kod penyakit) dan hantar ke 33886
contoh: RADIX INFO SH001
nota: kod penyakit akan saya 'attach'kan kemudian.


2) Perlukan maklumat/kelebihan produk-produk HPA.

type: radix(jarak)info(jarak)nama produk dan hantar ke 33886
contoh: radix info ardisia


3) Peringatan waktu-waktu solat.
Sms ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

type: ON(jarak)RADIX(jarak)SOLAT(jarak)kod negeri dan hantar ke 33886
contoh: ON RADIX SOLAT JB (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru)

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT
1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Selamat mencuba!!!!

Terima kasih para tetamu HPA

Alhamdulillah, kilang-kilang dan perniagaan HPA tak putus-putus dikunjungi ahli-ahli HPA dari seluruh negara. Kami dipihak HPA amat meraikan kehadiran semua untuk melihat sendiri kilang-kilang dan perniagaan kita bersama.
'Seeing is Believing' kata Pengarah Urusan.







(Gambar: Lawatan dari UIA)

Antara kumpulan pelawat bagi bulan Februari 09.

1 Feb - Kominiti Kelang (80 peserta)
6 Feb - Kump Wanita Mergong (40 peserta)
13 Feb - Kolej Mara K.Nerang (44 peserta)
14 Feb - Kelab D'Bankers UiTM Melaka (22 peserta)
14 Feb - UUM (39 peserta)
16 Feb - Kelab Pimpinan Terengganu
18 Feb - Universiti Malaysia Kelantan (40 peserta)
20 Feb - Staroba Utara
21 Feb - Ahli Batu Uban (88 peserta)
24 Feb - Kolej Insaniah (50 peserta)
27 Feb - Kolej MARA K.Nerang (44 peserta)
27 Feb - Universiti Darul Iman (28 Peserta)
28 Feb - Sek Men Munshi Abdulah (88 peserta)

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum....

Mesyuarat Pembangunan Modul Sijil Pengurusan Restoren

Mesyuarat Pembangunan Modul Pengurusan Restoren RFC kali kedua telah diadakan di Pejabat Unit Latihan, IT dan Multimedia pada hari ini 21 Feb jam 3.00 ptg. Mesyuarat telah dihadiri oleh saya sendiri selaku pengarah projek, Puan Mazuita dan En Azizi mewakili Unit Latihan RFC, En Mat Hashim mewakili Pengurusan HPA Zon Sungai Petani, En Luthfi, Cik Azira dan Puan Sharifah mewakili Unit Latihan HPA.

Mesyuarat diadakan bertujuan membangunkan modul sijil pengurusan restoren yang dicadangkan akan bermula Mei 09 dan temuduga akan bermula Mac 09.

Pembangunan modul ini juga turut melibatkan team Panel Syariah HPA yang juga akan menjadi sebahagian tenaga pengajar dalam program tersebut.

Semua pihak yang terlibat perlu menyerahkan tugasan yang diberikan selewat-lewatnya 28 Feb 09.

Khamis, 19 Februari 2009

Sijil Pengurusan Restoren (RFC)

Satu program sijil sedang dibangunkan dibawah pengurusan Institut Teknologi HPA iaitu Sijil Pengurusan Restoren (RFC). Program sijil selama setahun ini akan mengkhususkan kepada pembelajaran pengurusan restoren RFC. Pelajar yang lulus akan dilantik menjadi Pengurus RFC di cawangan-cawangan seluruh negara.

Pengambilan akan dimulakan dengan batch pertama seramai 20 pelajar yang antara syarat wajib kemasukan perlu mempunyai sekurang-kurangya diploma dalam bidang yang berkaitan. temuduga akan dijalankan mulai Mac 2009 dan kemasukan pada bulan Mei 09, InsyaAllah.

Pelajar akan mendapat full sponsorship dari pihak HPA malah akan mendapat elaun bulanan dan yang paling penting pekerjaan telah tersedia menunggu.

Nantikan hebahan yang akan dibuat melalui website, blog dan melalui cawangan-cawangan.

Isnin, 16 Februari 2009

Aiskrim Toyyibah

Semalam, 16hb Feb 09 menjadi satu detik bersejarah kepada seluruh Ummat Muhammad di Malaysia ini khususnya apabila kita berjaya membuktikan kemampuan Umat Islam mengeluarkan aiskrim yang sebelum ini hanya dimonopoli oleh pengeluar bukan Islam. Dan kita juga berjaya membuktikan yang kita mampu untuk mengeluarkan aiskrim yang halal tanpa menggunakan gelatin.
Rata-rata pendapat tetamu-tetamu jemputan uji-rasa aiskrim kita semalam menyatakan kesedapan dan kualiti aiskrim yang kita keluarkan setanding, malah lebih hebat dari aiskrim ternama yang berada di pasaran. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah PJS Meor, PJS Jamaludin, PJS Khalilah Wong, GM-GM, AGM dan beberapa pengurus HPA yang terlibat dalam pembangunan projek aiskrim HPA. Lokasi kilang ialah di Tambun, Ipoh, Perak.
Pengarah Urusan secara spontan menamakan aiskrim ini dengan nama 'aiskrim toyyibah' yang melambangkan kesucian produk aiskrim yang kita keluarkan. InsyaAllah, aiskrim toyyibah ini akan dilancarkan pada 9 Mac 09 di Kuala Lumpur.


Ahad, 15 Februari 2009

Pusat Penyembelihan Ayam Terbesar HPA

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang tidak putus-putus mengurniakan nikmat kepada HPA. Hasil pertemuan dengan Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia pada bulan Januari yang lepas telah menghadiahkan HPA satu pusat penyembelihan ayam dengan system tercanggih. Pusat Penyembelihan ini beroperasi dibawah kelolaan NAFAS Food Processing dan mendapat pantauan penuh dari Lembaga Pertubuhan Peladang dan mampu untuk memproses sehingga 10,000 ekor ayam dalam satu syif.

Sabtu, 14 Februari 2009

Pengangguhan Prog Bekam

Program Bekam yang dicadangkan pada 14 Feb dan 21 Feb 2009 terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab teknikal yang tidak dapat dielakkan. Unit Latihan bagi pihak HPA memohon maaf kepada peserta-peserta yang telah mendaftarkan diri atas kesulitan yang dihadapi. Unit latihan akan membuat hebahan semula untuk tarikh yang baru, InsyaAllah.

Agro Organic Park

Satu taman pertanan yang cukup unik akan dibangunkan olah HPA di Merbok dan akan dikenali sebagai Agro Organic Park di atas kawasan seluas 100 ekar. Konsep yang akan dibawa didalam pembangunan tanah ini ialah mesra alam (enviroment-friendly) dan akan menjadi kawasan pelancongan agro (agro-tourism) yang terbesar di Utara. Agro Organic Park akan mengandungi:

Taman Pertanian Organik:
Makanan
Sayur-sayuran
Herba ubatan
Makanan ternakan

Taman Ternakan Organik:
Ternakan kambing
Ternakan lembu
Ternakan itik
Ternakan kolam ikan dalam kanvas
Ternakan rusa
Ladang kuda
Ternakan burung unta

Pusat Agro Perlancongan:
Taman pelancongan organik
Pusat latihan dan riadah
Taman herba

Radix Organic Recepies

Alhamdulilah, Restoran Radix Organic Recepies telah pun memulakan operasinya bersebelahan Hotel El-Zahraa Inn Sungai Petani. Menu utama yang dihidangkan 'Radix Chicken Rice' atau nasi ayam Radix telah banyak mendapat pujian pelanggan-pelanggan yang hadir. Para pelanggan juga boleh mencuba minuman-minuman HPA yang di 'ice-blended'kan seperti Radix ice-blended, Koko ice-blended dan lain-lain lagi. Kepada semua, selamat menjamu selera di restoren baru kita.





Ahad, 8 Februari 2009

Perasmian Cawangan RFC Shahab Perdana







Perasmian RFC di Shahab Perdana baru-baru ini pada tarikh 7/2/2009 telah pun selamat dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah YB Dato Seri' Ustaz Azizan Abd Razak.

Khamis, 5 Februari 2009

Lawatan COO TV9 ke RFC




Pada 4 Feb yang lalu, pihak TV3 dan TV9 diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO) TV9 Encik Bukhari Bin Che Muda bersama teamnya yang lain telah membuat lawatan ke RFC Sungai Petani. Wakil HPA, Encik Jafri Bin Abu Bakar telah memberikan penerangan dan turut membawa tetamu-tetamu tersebut melawat ke pusat-pusat perniagaan HPA sekitar Sungai Petani. Encik Bukhari menyatakan kekaguman beliau terhadap kemajuan HPA.




Rabu, 4 Februari 2009

Kursus Bekam Untuk Muslimin Dan Muslimat

Pihak HPA Training,IT & Multimedia akan menganjurkan kursus bekam untuk sesi ini pada tarikh 14-15/2/2009 bagi muslimin dan pada tarikh 21-22/2/2009 bagi muslimat.
Butir-butiran adalah seperti berikut:



MUSLIMIN

Tarikh : 14 dan 15 Februari 2009
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Dewan Omar Mokhtar Sungai Petani


MUSLIMAT
Tarikh : 21 dan 22 Februari 2009
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Dewan Omar Mokhtar Sungai Petani


Kursus ini dilengkapi dengan penginapan, pengangkutan ke dewan kuliah, nota kuliah, t-shirt dan makanan. Bayaran adalah sebanyak RM 200.00. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 10 Februari untuk muslimin dan 18 Februari untuk muslimat. Penyertaan terhad hanya 50 orang sahaja. Di samping itu juga pesakit jemputan turut ditawarkan untuk perkhidmatan / rawatan bekam tersebut dan tidak dikenakan bayaran.

Sila daftar segera dengan menghubungi Cik Norasyikin Balkhis (Pegawai Training) untuk pendaftaran di talian 04-4419094.

Pertemuan Bersama TV9


Pihak HPA telah mengadakan pertemuan bersama TV9 pada tarikh 22/1/2009 yang lalu di Kuala Lumpur. Pertemuan tersebut membincangkan tentang cadangan HPA menjadi penaja utama Akademi Al-Quran (AQ) TV9. Pihak TV9 diketahui oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) Encik Bukhari Che Muda bersama teamnya dan pihak HPA diwakili oleh Encik Jafri Bin Abu Bakar dan Encik Hariz Bin Harun.

Penjualan VCD dan gambar-gambar perkembangan HPA terbaru

Mulai 10/2/2009, Bahagian Training, IT & Multimedia akan mengadakan penjualan vcd yang akan memuatkan gambar-gambar baru perkembangan HPA. Antara gambar-gambar menarik yang dimuatkan di dalamnya ialah seperti kilang-kilang,cawangan-cawangan dan sebagainya. Tujuan penjualan tersebut adalah bertujuan untuk simpanan / rujukan-rujukanahli HPA. Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Encik Yushairi Yusof di talian 04-4419094 untuk tempahan.