Jumaat, 27 Februari 2009

HPA Halal Mall


Beginilah gambaran artist bangunan HPA Halal Mall yang akan dibangunkan di Sungai Petani, Kedah. Bangunan 4 tingkat ini akan turut menempatkan cawangan, pusat pentadbiran zon, RFC dan restoren-restoren HPA.


HPA Halal Mall dibangunkan bertujuan untuk menjadi salah satu pusat pemasaran produk halal sabagai satu pilihan kepada pengeluar produk-produk halal Muslim. Halal Mall ini bukan hanya menjual barangan keluaran HPA bahkan akan turut menjual barangan keluaran Muslim di Malaysia khususnya. Namun begitu, pengeluar-pengeluar yang berminat memasarkan produk mereka melalui Halal Mall perlu menyerahkan sample dan bahan yang digunakan dalam pembuatan produk-produk mereka kepada Panel Syariah yang akan menilai dan memastikan kesucian bahan-bahan yang digunakan itu. Produk tersebut akan mengekal label keluaran mereka sendiri cuma tambahan yang HPA akan masukkan ialah label yang menyatakan 'produk ini diluluskan oleh Panel Syariah HPA'.


Marilah kita sama-sama doakan agar Allah permudahkan urusan kita dalam merealisasikan cita-cita kita ini, Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan