Khamis, 19 Februari 2009

Sijil Pengurusan Restoren (RFC)

Satu program sijil sedang dibangunkan dibawah pengurusan Institut Teknologi HPA iaitu Sijil Pengurusan Restoren (RFC). Program sijil selama setahun ini akan mengkhususkan kepada pembelajaran pengurusan restoren RFC. Pelajar yang lulus akan dilantik menjadi Pengurus RFC di cawangan-cawangan seluruh negara.

Pengambilan akan dimulakan dengan batch pertama seramai 20 pelajar yang antara syarat wajib kemasukan perlu mempunyai sekurang-kurangya diploma dalam bidang yang berkaitan. temuduga akan dijalankan mulai Mac 2009 dan kemasukan pada bulan Mei 09, InsyaAllah.

Pelajar akan mendapat full sponsorship dari pihak HPA malah akan mendapat elaun bulanan dan yang paling penting pekerjaan telah tersedia menunggu.

Nantikan hebahan yang akan dibuat melalui website, blog dan melalui cawangan-cawangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan