Sabtu, 21 Februari 2009

Mesyuarat Pembangunan Modul Sijil Pengurusan Restoren

Mesyuarat Pembangunan Modul Pengurusan Restoren RFC kali kedua telah diadakan di Pejabat Unit Latihan, IT dan Multimedia pada hari ini 21 Feb jam 3.00 ptg. Mesyuarat telah dihadiri oleh saya sendiri selaku pengarah projek, Puan Mazuita dan En Azizi mewakili Unit Latihan RFC, En Mat Hashim mewakili Pengurusan HPA Zon Sungai Petani, En Luthfi, Cik Azira dan Puan Sharifah mewakili Unit Latihan HPA.

Mesyuarat diadakan bertujuan membangunkan modul sijil pengurusan restoren yang dicadangkan akan bermula Mei 09 dan temuduga akan bermula Mac 09.

Pembangunan modul ini juga turut melibatkan team Panel Syariah HPA yang juga akan menjadi sebahagian tenaga pengajar dalam program tersebut.

Semua pihak yang terlibat perlu menyerahkan tugasan yang diberikan selewat-lewatnya 28 Feb 09.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan