Pagi tadi sekitar jam 11 telah berlangsungnya satu pertemuan yang akan melakarkan satu lagi sejarah HPA. Pertemuan dengan Koperasi Masjid-Masjid Negeri Perak yang diadakan di Masjid Negeri, Ipoh Perak akan membuka ruang untuk HPA menyebarkan produk halal kepada masyarakat melalui insitusi masjid dan sekaligus akan membantu membina ekonomi masjid.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Pengerusi Koperasi Masjid Negeri Perak (KOMAS) Y.Bhg Dato' Mohd Noor Mansor AlHafiz yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Mesyuarat turut dihadiri oleh setiausaha, Tn Hj Bon Yamin dan seluruh pimpinan KOMAS. Tidak ketinggalan PJ Ustaz Rohaizan yang menjadi penghubung diantara pihak HPA dan KOMAS. KOMAS mempunyai sekitar 700 masjid berdaftar sebagai ahli.
HPA telah diberikan ruang untuk membentangkan cadangan bagi menjadikan Masjid sebagai pusat penyebaran produk halal kepada masyarakat. Selain dari itu, usaha ini dilihat dapat membangunkan ekonomi insitusi masjid secara tidak langsung dan masjid mampu menjadi agen perubahan kepada masyarakat setempat hasil dari kewujudan HPA di masjid-masjid.
Perbincangan juga berkisar tentang cadangan mewujudkan restoren Radix Organic Recepies (ROR) di bangunan kepunyaan KOMAS di bandar Ipoh. begitu juga cadangan-cadangan pembangunan tanah-tanah yang dimliki oleh pihak masjid dan PERKIM Perak.
InsyaAllah, kita doakan supaya usaha ini dapat direalisasikan dan mendapat keberkatan dari Allah dan pada ketika itu kita dapat melihat kembalinya kegemilangan institusi masjid seperti yang berlaku di zaman kegemilangan Islam. Amin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan