Semalam, 16hb Feb 09 menjadi satu detik bersejarah kepada seluruh Ummat Muhammad di Malaysia ini khususnya apabila kita berjaya membuktikan kemampuan Umat Islam mengeluarkan aiskrim yang sebelum ini hanya dimonopoli oleh pengeluar bukan Islam. Dan kita juga berjaya membuktikan yang kita mampu untuk mengeluarkan aiskrim yang halal tanpa menggunakan gelatin.
Rata-rata pendapat tetamu-tetamu jemputan uji-rasa aiskrim kita semalam menyatakan kesedapan dan kualiti aiskrim yang kita keluarkan setanding, malah lebih hebat dari aiskrim ternama yang berada di pasaran. Antara tetamu jemputan yang hadir ialah PJS Meor, PJS Jamaludin, PJS Khalilah Wong, GM-GM, AGM dan beberapa pengurus HPA yang terlibat dalam pembangunan projek aiskrim HPA. Lokasi kilang ialah di Tambun, Ipoh, Perak.
Pengarah Urusan secara spontan menamakan aiskrim ini dengan nama 'aiskrim toyyibah' yang melambangkan kesucian produk aiskrim yang kita keluarkan. InsyaAllah, aiskrim toyyibah ini akan dilancarkan pada 9 Mac 09 di Kuala Lumpur.
kalau nak buat lawatan sambil belajar dekat situ boleh kan? macam mana cara nak hubungi pihak dekat sana ye?
BalasPadam