Subahanallah, ucapan pertama yang terzahir di bibir bila pancaindera kurniaan Ya Rabb ini di tabiri kehijauan bumi serambi Mekah ini. Tenang,indah,seakan mahu menitik air mata melihat kebesaran lukisan Allah di bumi Padang ini.Perjalanan yang mengambil masa 1 jam 15 minit ke bumi hijau ini mengundang seribu satu perasaan di hati. Namun Alhamdulillah perjalanan kami seramai 23 orang selamat sampai dan menikmati keindahan bumi segar ciptaan Allah ini. kunjungan yang menyeronokkan sepanjang 5 hari (bermula 22 hingga 26 April 2009) dizahirkan dari setiap peserta rombongan. Tidak terlepas juga wajah kepucatan kerana perbezaan cuaca di sana. kunjungan ini tambah menyeronokkan bila disertai dengan kunjungan ke Panti Asuhan Muhammadiyyah, Bukit Tinggi yang menempatkan 46 anak-anak Yatim
kunjungan bermakna ke rumah kelahiran ulama terkenal Prof Dr Hamka atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka di Bukit Tinggi. Terlekat kemas di minda saya pepetah tokoh terbilang ini "orang yang pintar adalah orang yang merasa bodoh" kerana insan ini tidak akan pernah berhenti belajar.Kunjungan seterusnya adalah kunjungan ke Rumah Gadang (rumah asli Minangkabau),tasik Meninjau, Madrasah Sumatera Thawalib Parabek, Rumah Sulaman Hjh Rosma, dan bermacam-macam vtempat yang menyegarkan mata menyuburkan iman.
Bumi yang belum diratah arus kemodenan ini juga kami bajai dengan sedekah yang dikutip daripada semua peserta untuk disedekah kepada saudara kita di sana yang memerlukan. Lawatan kami diserikan lagi dengan pengukuhan rohani melalui tazkirah yang disampaikan oleh 2 orang ustaz yang tidak asing di Kedah YB Ahmad Izzat b Mohamad Shauki dan YB Abdul Ghani b Ahmad.
kepulangan ke Malaysia membawa satu pengalaman indah yang bukan sahaja puas di hati malahan menjadi penghibur rohani. Kunjungan ini sangat bermakna kerana dititip keinsafan dan rasa kerdil dalam diri. Sedikit coretan boleh dikongsi,namun pengalaman kami rasai
Melanconglah bersama-sama kami HPA Ilham Holidays kerana yang pasti service kami bermotifkan hilangkan stress tingkatkan Iman.Subahananllah
Selasa, 28 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan