Jumaat, 24 April 2009

PIC di Medan

Kami sekarang berada di Medan, Indonesia dan dalam persediaan untuk program Perkongsian Bijak Cemerlang (PIC) yang buat julung-julung kalinya diadakan di sini. PIC yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok (25 Apr) dijangka akan dihadiri hampir 200 peserta dan diadakan di Madani Hotel, Medan.

Pengarah Urusan sendiri akan mengisi slot-slot kuliah dalam PIC ini akan memfokuskan perbincangan berdasarkan buku terbaru keluaran HPA iaitu Jawi Medinal Herbs yang ditulis sendiri oleh beliau.

Dalam mesyuarat bersama panitia program sebentar tadi, pihak Indonesia menyatakan yang banyak lagi program-program keilmuan sebegini yang mefokuskan kepada Perubatan Jawi disusun dan dicadang untuk diadakan diseluruh Indonesia seperti Palembang, Makasar dan Semarang dan sebahagiannya telahpun mendapat persetujuan Pengarah Urusan.

Program sebegini dilihat mampu untuk membantu melonjakkan perkembangan HPA di negara penduduk Islam teramai didunia ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan