Rabu, 1 April 2009

Perkongsian Ilmu Cemerlang

Program Perkongsian Ilmu Cemerlang telahpun berakhir pada 29hb yang lalu. Program kali ini telah disertai lebih 70 perserta yang terdiri daripada ahli-ahli HPA. Ada diantara peserta hadir diatas insentif pelancongan yang diterima mereka.

Program kali ini ada kelainannya berbanding program-program PIC sebelum ini. Komunikasi dua hala atau two way communication diwujudkan dalam usaha meningkatkan pemahaman modul yang diajar oleh Pengarah Urusan sendiri antaranya sessi-sessi Q&A. Cara ini telah mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan tidak menjemukan. Perbincangan berlandaskan soal jawab ini telah dikumpul secara terperinci untuk dibukukan.

Program PIC akan datang dicadangkan pada 2 dan 3 Mei 2009 dan akan mengaplikasikan konsep pembelajaran yang serupa. Ahli-ahli yang telah mendapat jemputan atas tiket insentif pelancongan diharap tidak melepaskan peluang ini. Program ini juga terbuka kepada ahli-ahli yang berminat. Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Cik Norasyikin Balqis di talian 019-6330727.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan