Ahad, 12 April 2009

Radix Chicken House siap beroperasi

Pada 10hb April yang lepas, Radix Chicken House (RCH) telah siap dirasmikan. RCH menghidangkan berbagai jenis masakan yang dihasilkan oleh ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA. Antara tujuan pembukaan restoren ini ialah untuk mewujudkan satu lagi pilihan makanan halal kepada masyarakat selain ROC dan RFC yang kosnya agak tinggi. Saya sendiri melihat keistimewaan tersendiri restoren ini kerana menu yang lebih banyak dan lebih menarik yang ditawarkan kepada pelanggan.

Kepada semua ahli yang merancang untuk mengadakan lawatan ke HPA di Utara boleh singgah untuk makan di restoren ini. Masukkan program makan di RCH sebagai salah satu tentatif lawatan ke HPA, InsyaAllah..semuanya akan diuruskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan