Kesedaran terhadap pembangunan ekonomi Islam mula berkembangan di Malaysia dan pihak Institusi Pengajian Tinggi tidak ketinggalan dalam membincangkan hal serupa dalam membuka minda warga IPT. Mahasiswa dilihat sebagai golongan yang akan berada di dalam masyarakat sebagai pemimpin suatu hari nanti perlu mendapat pendedahan yang baik mengenai perkara tersebut.
Pada 30 Mac yang lalu telah berlangsung dua program bersama IPT serentak iaitu USM dan UniMAP. Pengarah Urusan sendiri telah memenuhi jemputan pihak Universiti Sains Malaysia yang telah menganjurkan forum Maulidurrasul bertajuk 'Keusahawanan Berteraskan Syariah: Bukti Kejayaan Ummah' yang berlangsung di Dewan Budaya USM. Forum membincangkan tentang pengalaman HPA dalam membangunkan perniagaan berlandaskan syariah dan turut memberi motivasi kepada mahasiswa utnuk terlibat dalam bidang perniagaan Islam.
Saya sendiri telah mewakili HPA dalam membentangkan satu kertas kerja berkaitan 'Economic Recession' dan implikasi serta cabaran semasa terhadap HPA. Program ini adalah anjuran Universiti Malaysia Perlis UniMAP yang telah menjadi host bagi 'IMT-GT Varsiti Carnival' iaitu satu program yang menggabungkan mahasiswa-mahasiswa dari 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand.
HPA amat-amat menghargai inisiatif-inisiatif sebegini dalam usaha kita membuka minda mahasiswa untuk memberi kesedaran betapa luasnya peluang untuk mahasiswa melibatkan diri dalam bidang perniagaan khususnya kepada perniagaan yang berlandaskan syariah.
Jafri Abu Bakar
Rabu, 1 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan