Sabtu, 30 Mei 2009
Majlis perasmian RCH Kangar dan pelancaran diapers
Jualan diapers dengan harga promosi akan dibuat pada hari tersebut, jangan lepaskan peluang, datang beramai-ramai.
Tahniah HPA!! Kami di Tanah Suci mendoakan kejayaan HPA dan mendoakan agar HPA sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Amin ya Rob.
Jafri Abu Bakar
Pengurus Pembangunan Perniagaan
Pengurus HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
Update 3: jemaah umrah
Baru selasai majlis kuliah dan takliat yang dikendalikan oleh Y.Bhg Ustaz Khairul Anur.Tajuk perbincangan pada malam ini, fokus kepada hal-hal umrah yang akan bermula esok. InsyaAllah, sperti yang dirancangankan, kesemua jamaah umrah seramai 75 orang akan berlepas ke Makkah selepas Zohor esok.
Hari ini jadual agak padat dengan program ziarah yang telah disusun. Bermula denganlawatan ke Masjid Quba, masjid pertama yang dibina oleh nabi ketika berhijrah ke Madinah. Hebatnya masjid ini sehinga Allah menyebutkan secara rasmi didalam AlQuran. Lawatan diteruskan ke ladang & pasar kurma, Medan Uhud, kilang mencetak AlQuran Malik Fahd (peserta lelaki dihadiahkan AlQuran setiap seorang) dan seterusnya melalui Masjid Qiblatain dan terus pulang ke Masjid Nabawi untuk solat Zohor. Satu pengalaman yang cukup menarik.
Indahnya bersama program umrah kendalian HPA Ilham Holidays ialah kita menyusun program-program kuliah pada setiap malam selepas makan malam. kebiasaannya perbincangan berkisar tentang apa yang dijadualkan pada esok hari. Sebagai contoh malam ini tajuk kuliah ialah 'umrah' yang mana esok sememangnya dijadualkan untuk perlaksanaan umrah. Jadi peserta umrah dibekalkan dengan ilmu dan bukan hanya membuat amalan sekadar ikut-ikutan.
Kuliah malam semalam amat menarik bagi pandangan saya. Ustaz Khairul membuka maklumat-maklumat yang begitu asing namun begitu menarik bagi diri saya. Beliau menceritakan maklumat tentang raudhah, baqi' dan kelebihan berselawat. Subhanallah, cukup menarik.
Inilah yang hendak kita bawa di dalam program umrah anjuran kita. Para jemaah bukan hanya dibawa untuk mengerjakan umrah, namun mereka diberi ilmu untuk melakukan sesuatu ibadat. Para leader yang mengikuti program juga diberikan slot-slot khusus tazkirah kepada peserta yang lain. Malam semalam menyaksikan satu pembentangan yang menarik oleh PJS Azizan yang mengaitkan perjuangan HPA dengan Perjuangan nabi dan para sahabat.
KLIK utk album jemaah umrah 3 |
Disertakan gambar-gambar untuk tatapan semua. Terima kasih kepada Sakinah, salah seorang peserta Umrah. Gambar-gambar ini dan gambar sebelum ini adalah hasil kerjatangan beliau untuk dikongsi bersama pembaca.
Khamis, 28 Mei 2009
Update 2: jemaah umrah
Ketika blog ini ditulis, kami baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di Masjid Nabawi, juga baru selesai solat jenazah ummat yang dipilih Allah utk kembali ke rahmatulLah di Madinah dekat dengan Nabi, dekat dengan para sahabat, dibumi yang penuh dengan barokah. Alangkah bertuah dan berbahagianya mereka.
Kami tiba di Jeddah sekitar jam 6:45 ptg (Saudi) 27hb May, dan seperti yang sedia maklum, urusan di Lapangan Terbang Jeddah mengambil masa yang agak lama. Dengan jemaah yang ramai, maklumlah cuti sekolah. Apatah lagi dengan sistem baru yang diperkenalkan Kerajaan Saudi, telah menambah lagi masa proses dokumentasi. Jemaah sempat 'berkelah' dengan penuh berselera di tepi bas, di kawasan letak kereta sambil menunggu urusan dokumentasi diselesaikan. Alhamdulilah, kita bersyukur kerana Allah sentiasa membantu memudahkan urusan kita.
KLIK: album jemaah umrah 2 |
Perjalanan diteruskan ke Madinah dengan hati yang penuh dengan kerinduan kepada Rasul tercinta. Jemaah yang keletihan setelah seharian menempuh perjalanan, tidur nyenyak tanpa menyedari masa perjalanan yang dilalui. Berhenti untuk solat suboh di R&R, terasa seperti berada di Malaysia kerana ramainya jemaah dari Malaysia yang turut berhenti untuk solat di situ.
Akhirnya kami menjejakkan kaki di Tanah Haram Madinah sekitar jam 7 pagi. Sarapan telah tersedia dan masing-masing mendapat kunci bilik penginapan. Hotel yang ditempah, Badr Alawwal berada di hadapan Baqi' dan begitu hampir dengan Masjid. Sememangnya akan memudahkan urusan kerja-kerja ibadah para peserta umrah. Pemandangan Masjidil Haram dari tingkap bilik begitu menyentuh jiwa yang memandang. Cikgu Murad yang telah beberapa hari menginap di situ menyambut kami dengan gembira. (beliau membuat tempahan umrah Free & Easy dari HPA Ilham Holidays)
Setelah bersih diri, sekitar jam 8, jemaah dibawa untuk menziarahi Maqam Rasul yang dikasihi. Rasa kesyahduan menebal dijiwa, tidak tertahan air mata yang mengalir ketika berdiri dihadapan maqam nabi tercinta. Perasaan kasih dan cinta seperti tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Salaam diucapkan bersama iringan salam para sahabat dan pejuang HPA yang dititipkan kepada baginda. Alhamdulillah, jemaah dapat mengerjakan solat sunat di Raudhah dan kepuasan bercampur kesyahduan jelas terpancar di wajah-wajah mereka.
Pagi tadi telah mendapat sms dari Ustaz Khairul Anuar menyatakan kumpulan kedua umrah telah berlepas dari KLIA menuju Jeddah. Mereka dijangka tiba pada jam 7 mlm ini untuk bersama-sama dengan jemaah umrah pertama, InsyaAllah.
Rabu, 27 Mei 2009
Update 1: jemaah umrah
Tiba di Dubai, disambut oleh agen pelancongan untuk membawa kami melawat sekitar Dubai. Dalam kesuntukan masa, kami sempat melawat beberapa tempat menarik di sana seperti Burj Al Dubai, Muzium Kesenian Islam, Masjid terbesar di Dubai dan beberapa tempat lagi. termasuk didalam pakej, makan nasi beriyani di Hotel Palm Beach. walaupun keletihan, keceriaan masih terpancar diwajah masing-masing.
Kami sekarang sedang menunggu boarding penerbangan ke Jeddah. Mutawwif kita di sana telah bersedia menyambut ketibaan kami.
saya akan cuba untuk upload gambar-gambar terkini melalui PICASA untuk dikongsi bersama ahli-ahli HPA di Nusantara.
KLIK untuk album jemaah umrah 1 |
Ahad, 24 Mei 2009
Umrah menyambut Ramadhan
Harga akan diberitahu kelak memandangkan syarikat penerbangan masih belum mengeluarkan senarai harga untuk penerbangan bulan Ogos ke atas.
Tarikh dalam perancangan: 22 Ogos hingga 3 September 2009.
Jemaah dijangka sampai sehari sebelum Ramadhan dan akan menyaksikan suasana menyambut kehadiran Ramadhan di Tanah Suci, InsyaAllah.
7 perkara yang menghairankan Usman bin Affan.
1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
5. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya. (Usman Ibn Affan )
Jumaat, 22 Mei 2009
Ya Allah..satukanlah hati-hati kami.
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. (jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini. Amin.
HPA diapers akan ke Indonesia
Saya telah mendapat panggilan dari Pengarah Urusan sekitar jam 12 tengahari tadi meminta supaya diuruskan pembekalan diapers ke Indonesia. HPA diapers akan menjadi salah satu produk yang akan dipasarkan melalui sistem MLM HPA Nusantara.
Tuan Pengarah Urusan yang sedang mengisi program PIC di Jakarta menyatakan yang beliau bercadang membuat majlis peluncuran produk tersebut pada 28hb Jun ini di Jakarta. InsyaAllah.
Urusan RFC di Makkah
Kita telah mengenalpasti 4 lokasi kedai pejabat yang sesuai untuk RFC dan urusan penyewaan akan diuruskan disana setelah menimbangkan kesesuaian setiap lokasi tersebut.
Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar dipermudahkan usaha kecil kita ini supaya RFC mampu berada di tanah suci bagi memberi peluang kepada Umat Islam dari seluruh dunia menikmati ayam halal lagi suci yang kita perjuangkan. Amin ya Robbal 'alamin.
Jemaah Umrah HPA Ilham Holidays
Jemaah umrah seramai 75 orang ini akan terus ke Jeddah dan InsyaAllah menyambung perjalanan langsung ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah dan beribadat di Masjid Nabawi yang mempunyai fadhilat yang kedua terbesar selepas Masjidil Haraam di Makkah. Lawatan disekitar madinah juga disusun bagi para jemaah umrah menghayati akan perjuangan Nabi S.A.W dalam menyebarkan Islam dibumi penuh barokah ini.
Seterusnya, sekitar hari keempat, jemaah umrah akan bertolak ke Makkah menaiki bas dan akan terus berada di sana sehingga hari pulang yang dijadualkan pada 9hb Jun 2009. Lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Makkah juga disusun kepada para jemaah.
Kami memohon semua ahli HPA supaya berdoa kepada Allah agar memberi keselamatan kepada kami, diberkati perjalanan dan ibadah kami dan semoga dikurniakan oleh Allah Umrah Mabrurah. Kami disana InsyaAllah akan mendoakan kesejahteraan HPA dan seluruh ahli-ahlinya agar diberikan kekuatan untuk terus berjuang menyebarkan produk halal dan membangunkan ekonomi Islam dan seterusnya mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.
Doakan kami...
Jafri Abu Bakar
Pengurus HPA Ilham Holidays Sdn Bhd
Rabu, 20 Mei 2009
Kadar Harga De Palma Hotel Untuk Ahli HPA
- Superior RM320.00Bersih RM145.oo Bersih*
- Business RM365.00 Bersih RM170.oo Bersih*
- Superior RM190.00 Bersih RM125.oo Bersih*
- Deluxe RM280.00 Bersih RM180.oo Bersih*
- Deluxe Twin RM300.00 Bersih RM125.oo Bersih*
- Palma Deluxe RM330.00 Bersih RM160.oo Bersih*
- Superior RM270.00++ RM145.oo++*
- Deluxe Triple RM290.00++ RM160.oo++*
Selasa, 19 Mei 2009
Kuliah Hadith Bersanad
Tarikh: 27 Mei 2009
Lokasi: Dewan Omar Mokhtar (atas RFC, SP)
Masa: 9 malam.
Semua dijemput hadir, dan harap dihebahkan.
Ahad, 17 Mei 2009
Pertukaran Tarikh & Lokasi Perasmian Babyku Diapers
Tarikh : 1 Jun 2009.
Tempat : Radix Chicken House, 311 Taman Pengkalan Asam, Jalan Kangar Alor Setar, 01000 Kangar, Perlis.
Masa : 8.30 Malam.
Sila buat hebahan pada orang ramai dan kami memohon kemaafan di atas perubahan tarikh tersebut.
Sabtu, 16 Mei 2009
Tetamu dari Mesir
Semalam 15 Mei 09, 2 tetamu istimewa dari Mesir telah berkesudian datang ke HPA di Sungai Petani iaitu Sheikh Ibrahim El Masri dari International Trade Import & Export dan Sheikh Hossam Awad dari AlFahim Ent Est, Mesir. Mereka menzahirkan rasa kagum mereka terhadap perniagaan produk halal yang diperjuangkan HPA terutamanya RFC dan berhasrat untuk membantu bagi mengembangkan perniagaan ini ke Timur Tengah terutamanya di Mesir dan UAE.
Jumaat, 15 Mei 2009
Majlis Pelancaran HPA Babyku Diapers
Majlis Pelancaran HPA Babyku Diapers.
.
Tarikh: 31 Mei 09
Harap dihebahkan.
Kes pertama flu A(H1N1) di Malaysia
Seorang pelajar 21 tahun mangsa pertama disahkan positif dijangkiti wabak influenza A(H1N1) atau selesema babi - kes pertama di Malaysia, demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan hari ini."Kementerian ingin memaklumkan mengenai satu kes yang dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan telah disahkan positif influenza A(H1N1) melalui ujian makmal yang dilakukan hari ini," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican."Ia merupakan kes yang pertama influenza A(H1N1) dikesan di Malaysia."
Pelajar itu, yang baru pulang dari Amerika Syarikat pada Rabu lalu, mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalamdan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada hari yang sama."Beliau telah diberi rawatan antivirus dan berada dalam keadaan stabil," kata Dr Mohd Ismail dalam satu kenyataan di laman web rasmi kementerian berkenaan.
Kementerian telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan perhubungan mangsa dengan orang lain, termasuk ahli keluarganya dan penumpang serta anak kapal penerbangan MH 091 dari Newark, USA yang tiba di lapangan terbang KLIA pada 7.15 pagi kelmarin.Menurut kenyataan itu lagi, kementerian meminta semua klinik dan hospital swasta agar sentiasa merujuk segera kes-kes mereka yang baru kembali dari negara yang dilanda wabak tersebut dan mengalami gejala-gejala seperti demam dan salah satu daripada gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak - ke hospital-hospital rujukan yang telah ditetapkan.
Sehingga jam 12 tengah malam tadi, selain kes di atas, Pusat Tindakan dan Persiapan Krisis (CPRC) kementerian menerima 11 lagi notifikasi kes - enam kes dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Sungai Buloh, dua di hospital Seremban dan masing-masing satu kes di hospital Ipoh, Hospital Pulau Pinang dan hospital Kota Bharu bagitujuan siasatan dan pemerhatian. Sehingga 8 pagi tadi, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan satu lagi negara baru terjejas dengan influenza A (H1N1) iaitu Belgium yang melibatkan satu kes menjadikanjumlah keseluruhan negara terlibat menjadi 34 buah. Kes terkumpul di serata dunia sebanyak 7,457 kes disahkan oleh ujian makmal dengan peningkatan sebanyak 1,378 kes berbanding dengan laporan pada hari sebelumnya, kata kementerian lagi.Peningkatan ini dilaporkan di enam buah negara iaitu di Amerika Syarikat (946 kes), Mexico (387), Kanada (31), Panama (10), Colombia (3) dan Belgium (1).Dua lagi kematian dilaporkan di Mexico, menjadikan keseluruhan kematian kepada 65 orang.
WHO masih lagi mengekalkan tahap amaran influenza pandemik diFasa 5 sejak 29 April dan tidak menyarankan sebarang tindakan sekatan perjalanan, perdagangan serta penutupan sempadan bagiperlindungan kesihatan antarabangsa.Kementerian Kesihatan memanggil satu sidang media khas berhubung perkara ini di Putrajaya jam 3 petang tadi.Dalam kenyataan yang sama, Dr Mohd Ismail berkata tiada risiko mendapat jangkitan influenza A(H1N1) jika daging atau produk babi disediakan dan dimasak secara betul."Kementerian Kesihatan ingin menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu bimbang dengan situasi influenza A(H1N1) di negara ini. "Kementerian dengan kerjasama semua agensi terlibat sentiasa meningkatkan pemantauan situasi influenza A(H1N1) dalam memastikan tindakan proaktif diambil bagi melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia," katanya.
Pembentangan Jab Pertanian Negeri Perak
Klik: gambar-gambar ceramah jab pertanian perak |
Sebelum ke Kuala Kubu Baru untuk menghadiri Majlis Perasmian Cawangan & Kiosk Masjid Daerah Hulu Selangor, saya mengisi program Seminar Herba anjuran Jabatan Pertanian Negeri Perak di Heritage Hotel di Ipoh, Perak. Pembentangan saya berkisarkan peluang-peluang perniagaan bagi petani-petani dan usahawan-usahawan dibawah pantauan Jabatan Pertanian bersama pihak HPA.
HPA menyambut baik usaha-usaha sebegini untuk pembangunan ekonomi petani-petani di Malaysia. banyak tanah-tanah terbiar boleh diusahakan dan secara langsung dapat mebangunkan ekonomi keluarga petani-petani di Malaysia.
Perasmian cawangan & kiosk masjid
sila klik: gambar-gambar perasmian kiosk masjid |
Alhamdulillah, semalam 14hb Mei menyaksikan satu lagi anugerah Allah kepada HPA iaitu sempurnalah majlis perasmian cawangan dan kiosk HPA di 6 buah masjid sekitar Hulu Selangor. Majlis bermula dengan slot halal haram yang disampaikan oleh salah seorang panel syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Sulaiman dan slot kedua oleh saya sendiri iaitu profail & perjuangan HPA.
Perasmian dilangsungkan pada jam 12.30 tengahari yang disempurnakan oleh YDH Dato' Orang Kaya Haji Aman Shah Mohd Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Ahli Parlimen Hulu Selangor, Tuan Kadhi Daerah, Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor dan ramai kenamaan yang lain.
Dato' Orang Kaya turut menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di Qariah masjid tersebut bagi pihak HPA Industries yang bermurah hati menyumbangkan derma.
Selepas solat zohor, Tuan Pengarah Urusan telah menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi kepada tetamu yang hadir dan seterusnya membuat penyerahan insentif tetap dan bonus pertama kepada masjid-masjid yang mempunyai kiosk HPA.
HPA berharap 6 cawangan dan kiosk ini akan menjadi model kepada masjid-masjid lain diseluruh Malaysia untuk membuktikan bahawa ekonomi masjid mampu ditingkatkan dengan aktiviti penyebaran produk halal yang dianjurkan oleh HPA dengan wujudnya kiosk-kiosk sebegini, InsyaAllah.
Isnin, 11 Mei 2009
Sijil Herbalis telah bermula
Program sijil kali ini dijangka lebih menarik memandangkan penyusunan bentuk pembelajaran dan lokasi yang berubah-ubah bakal memberikan 'refreshment' dalam pembelajaran peserta. Banyak juga program outdoor yang bakal dilalui peserta dalam memberi pemahaman yang terperinci tentang herba.
InsyaAllah, diharapkan supaya pelajar-pelajar sijil ke 16 ini bakal menjadi herbalis-herbalis yang bukan hanya membawa ilmu perubatan jawi, tetapi juga menjadi seorang herbalis yang tinggi akhlaknya dan baik hubungan dengan Tuhannya disamping membawa visi dan matlamat HPA. Amin.
Ahad, 10 Mei 2009
lawatan ke ladang anggur
lagi gambar: KLIK |
Selain dari mempelam harum manis yang cukup terkenal di negeri nun di utara ini, negeri ini juga telah mengusahakan perladangan yang cukup unik, tidak pernah terbayang di minda kita, penanaman anggur. Subhanallah, cukup menarik. Ini antara lain disebabkan keserasian cuaca yang dipunyai oleh negeri Perlis.
Pengarah Urusan bersama tetamu istimewa dari KL, Datuk Elyas Group General Manager De'Palma Hotel dan teman-teman berkesempatan untuk melawat projek tanaman anggur Negeri Perlis semalam (10 Mei 09).
Ahli-ahli HPA yang bercadang untuk menganjurkan lawatan ke HPA di sini, InsyaAllah boleh memasukkan lawatan ke ladang anggur ini sebagai salah satu dari itinerary program.
Jumaat, 8 Mei 2009
Ubat jantung unsur babi
Isu yang dikeluarkan oleh KOSMO pada 9 April yang lepas yang patut diambil perhatian oleh Umat Islam.
Gambar-gambar di MIHAS.
gambar mihas |
Sila klik di gambar untuk lihat gambar-gambar aktiviti HPA di MIHAS.
Kursus Umrah
Khamis, 7 Mei 2009
Kilang makanan ayam
Rabu, 6 Mei 2009
HPA di MIHAS
Ahli-ahli HPA di sekitar Lembah Kelang jangan melepaskan peluang utk hadir ke MIHAS dan menyaksikan sendiri bagaimana HPA dilihat setanding dan mampu kehadapan dialam perniagaan produk halal di dunia.
Sabtu, 2 Mei 2009
PIC 2 & 3 Mei 2009
PIC kali ini membincangkan tentang 14 produk keluaran HPA merangkumi produk herba dan produk kegunaan harian, juga turut membincangkan tentang MLMS dan buku Jawi Med Herbs yang ditulis oleh Pengarah Urusan.
Tahniah kepada para peserta. Semoga semua ilmu yang diperolehi boleh dijadikan panduan dan pegangan untuk menjadi seorang ahli HPA dan herbalis yang baik.
MIHAS
Alhamdulillah kita bakal menampilkan design booth yang terbaru pada kali ini seiring dengan konsep packaging produk yang baru.
Pihak kami mengalu-alukan kunjungan tuan-tuan dan puan-puan untuk memeriahkan lagi booth pameran ini.
untuk sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan kami di nombor yang tertera :
Pejabat 04-4482716/04-4419094
tuan-tuan boleh berhubung denga pegawai kami :
Azira bt Mamat
Hamidi Syahman b Mohamad
Norasyikin Balkhis bt Yakath Ali
Jumaat, 1 Mei 2009
Sijil Herbalis ke 16
Pendaftaran untuk Program Sijil Herbalis ke 16 masih dibuka. Program kali ini wujud sedikit kelainan dalam usaha penambahbaikan untuk memaksimakan pemahaman para peserta sijil kali ini. Selain dari mewujudkan banyak aktiviti-aktiviti research (kajian) dan komunikasi dua hala, program kali ini mempunyai satu slot menarik iaitu perbahasan hadith-hadith perubatan bersanad yang akan dipimpin oleh seorang muhaddisin yang mempunyai kepakaran dalam bidang hadith.
.
Ambillah peluang ini, dengan kos yang berpatutan ini tidak akan setanding dengan ilmu yang bakal diterima, InsyaAllah.
.
Tarikh: 11 hingga 31 Mei 2009.
Lokasi: Sungai Petani.
Yuran: RM2,500
termasuk:
- Penginapan
- Pengangkutan ke tempat kuliah.
- Makan dan minum sepanjang program.
- Lawatan-lawatan
- Bahan-bahan kuliah.
- Vest
.