Jumaat, 22 Mei 2009

Jemaah Umrah HPA Ilham Holidays

InsyaAllah, bermula 27hb Mei ini akan berlepas jemaah-jemaah umrah HPA untuk menunaikan ibadah Umrah di Makkah. Mereka akan diketuai dan dibimbing oleh seorang Ustaz yang terkenal di Perak iaitu Ustaz Khairul Anuar Ahmad yang banyak mengisi kuliah dan ceramah agama di Perak khususnya di Ipoh.

Jemaah umrah seramai 75 orang ini akan terus ke Jeddah dan InsyaAllah menyambung perjalanan langsung ke Madinah untuk menziarahi Rasulullah dan beribadat di Masjid Nabawi yang mempunyai fadhilat yang kedua terbesar selepas Masjidil Haraam di Makkah. Lawatan disekitar madinah juga disusun bagi para jemaah umrah menghayati akan perjuangan Nabi S.A.W dalam menyebarkan Islam dibumi penuh barokah ini.

Seterusnya, sekitar hari keempat, jemaah umrah akan bertolak ke Makkah menaiki bas dan akan terus berada di sana sehingga hari pulang yang dijadualkan pada 9hb Jun 2009. Lawatan ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Makkah juga disusun kepada para jemaah.

Kami memohon semua ahli HPA supaya berdoa kepada Allah agar memberi keselamatan kepada kami, diberkati perjalanan dan ibadah kami dan semoga dikurniakan oleh Allah Umrah Mabrurah. Kami disana InsyaAllah akan mendoakan kesejahteraan HPA dan seluruh ahli-ahlinya agar diberikan kekuatan untuk terus berjuang menyebarkan produk halal dan membangunkan ekonomi Islam dan seterusnya mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Doakan kami...

Jafri Abu Bakar
Pengurus HPA Ilham Holidays Sdn Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan