Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban da'wah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syari'at-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.
kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar), penuhkan (piala) hati ini dengan cahaya rabbani-Mu yang tidak kunjung malap.
lapangkan hati-hati ini dengan limpah iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang-Mu. (jika engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah..perkenankanlah permintaan ini. Amin.
Jumaat, 22 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan