Jumaat, 15 Mei 2009

Perasmian cawangan & kiosk masjid

sila klik: gambar-gambar perasmian kiosk masjid

Alhamdulillah, semalam 14hb Mei menyaksikan satu lagi anugerah Allah kepada HPA iaitu sempurnalah majlis perasmian cawangan dan kiosk HPA di 6 buah masjid sekitar Hulu Selangor. Majlis bermula dengan slot halal haram yang disampaikan oleh salah seorang panel syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Sulaiman dan slot kedua oleh saya sendiri iaitu profail & perjuangan HPA.

Perasmian dilangsungkan pada jam 12.30 tengahari yang disempurnakan oleh YDH Dato' Orang Kaya Haji Aman Shah Mohd Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. Turut hadir di majlis tersebut ialah YB Ahli Parlimen Hulu Selangor, Tuan Kadhi Daerah, Ahli-ahli Majlis Daerah Hulu Selangor dan ramai kenamaan yang lain.

Dato' Orang Kaya turut menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal dan anak-anak yatim di Qariah masjid tersebut bagi pihak HPA Industries yang bermurah hati menyumbangkan derma.

Selepas solat zohor, Tuan Pengarah Urusan telah menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi kepada tetamu yang hadir dan seterusnya membuat penyerahan insentif tetap dan bonus pertama kepada masjid-masjid yang mempunyai kiosk HPA.

HPA berharap 6 cawangan dan kiosk ini akan menjadi model kepada masjid-masjid lain diseluruh Malaysia untuk membuktikan bahawa ekonomi masjid mampu ditingkatkan dengan aktiviti penyebaran produk halal yang dianjurkan oleh HPA dengan wujudnya kiosk-kiosk sebegini, InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan