Seperti yang dirancang, InsyaAllah saya akan ke Mekkah bersama dengan jemaah umrah bagi menguruskan pembukaan syarikat HPA di Saudi untuk membuka restoren segera Radix Fried Chicken. Borang permohonan pendaftaran syarikat dan kebenaran untuk membuka perniagaan di Saudi telah pun diserahkan kepada Bahagian Komersil & Pelaburan Kerajaan Arab Saudi di Singapura.
Kita telah mengenalpasti 4 lokasi kedai pejabat yang sesuai untuk RFC dan urusan penyewaan akan diuruskan disana setelah menimbangkan kesesuaian setiap lokasi tersebut.
Marilah kita sama-sama memohon kepada Allah agar dipermudahkan usaha kecil kita ini supaya RFC mampu berada di tanah suci bagi memberi peluang kepada Umat Islam dari seluruh dunia menikmati ayam halal lagi suci yang kita perjuangkan. Amin ya Robbal 'alamin.
Jumaat, 22 Mei 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan