Baru selasai majlis kuliah dan takliat yang dikendalikan oleh Y.Bhg Ustaz Khairul Anur.Tajuk perbincangan pada malam ini, fokus kepada hal-hal umrah yang akan bermula esok. InsyaAllah, sperti yang dirancangankan, kesemua jamaah umrah seramai 75 orang akan berlepas ke Makkah selepas Zohor esok.
Hari ini jadual agak padat dengan program ziarah yang telah disusun. Bermula denganlawatan ke Masjid Quba, masjid pertama yang dibina oleh nabi ketika berhijrah ke Madinah. Hebatnya masjid ini sehinga Allah menyebutkan secara rasmi didalam AlQuran. Lawatan diteruskan ke ladang & pasar kurma, Medan Uhud, kilang mencetak AlQuran Malik Fahd (peserta lelaki dihadiahkan AlQuran setiap seorang) dan seterusnya melalui Masjid Qiblatain dan terus pulang ke Masjid Nabawi untuk solat Zohor. Satu pengalaman yang cukup menarik.
Indahnya bersama program umrah kendalian HPA Ilham Holidays ialah kita menyusun program-program kuliah pada setiap malam selepas makan malam. kebiasaannya perbincangan berkisar tentang apa yang dijadualkan pada esok hari. Sebagai contoh malam ini tajuk kuliah ialah 'umrah' yang mana esok sememangnya dijadualkan untuk perlaksanaan umrah. Jadi peserta umrah dibekalkan dengan ilmu dan bukan hanya membuat amalan sekadar ikut-ikutan.
Kuliah malam semalam amat menarik bagi pandangan saya. Ustaz Khairul membuka maklumat-maklumat yang begitu asing namun begitu menarik bagi diri saya. Beliau menceritakan maklumat tentang raudhah, baqi' dan kelebihan berselawat. Subhanallah, cukup menarik.
Inilah yang hendak kita bawa di dalam program umrah anjuran kita. Para jemaah bukan hanya dibawa untuk mengerjakan umrah, namun mereka diberi ilmu untuk melakukan sesuatu ibadat. Para leader yang mengikuti program juga diberikan slot-slot khusus tazkirah kepada peserta yang lain. Malam semalam menyaksikan satu pembentangan yang menarik oleh PJS Azizan yang mengaitkan perjuangan HPA dengan Perjuangan nabi dan para sahabat.
KLIK utk album jemaah umrah 3 |
Disertakan gambar-gambar untuk tatapan semua. Terima kasih kepada Sakinah, salah seorang peserta Umrah. Gambar-gambar ini dan gambar sebelum ini adalah hasil kerjatangan beliau untuk dikongsi bersama pembaca.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan