Alhamdulillah, KPJ di Ipoh yang berlangsung pada 27 Disember yang lalu telah mendapat respons yang baik dari ahli-ahli HPA sekitar negeri Perak. Saya sendiri menjangkakan kehadiran yang agak kurang pada awalnya disebabkan kesesakan yang berlaku kerana Program Suarasa tajaan TV9 yang berlangsung di Kawasan yang sama, namun jangkaan saya meleset, ahli-ahli sanggup berjalan jauh (kerana parking penuh) untuk hadir ke program KPJ tersebut sehingga tempat duduk penuh. Syukur pada Allah.
Program bermula tepat jam 9 dengan ucapan pembukaan oleh MC (saya sendiri) dan diteruskan dengan kuliah yang cukup bersemangat dan menarik oleh Tuan Pengarah Urusan. Majlis turut disempurnakan dengan dua testimonial yang tidak kurang hebatnya. Program diakhiri dengan khidmat nasihat perubatan oleh Tuan Pengarah Urusan sehingga jam 12 malam.
Saya melihat bahawa ahli-ahli HPA sentiasa dahagakan ilmu dan semua program-program ilmu yang dianjurkan InsyaAllah tidak mengecewakan. Ini merupakan satu petunjuk yang amat positif dalam usaha kita untuk memartabatkan Perubatan Herba ini khususnya Perubatan Jawi. InsyaAllah.
Ahad, 28 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan