Satu brainstorming session telah diadakan pada 27 Disember yang lepas di RFC untuk mencari konsep pembangunan perniagaan Radix Café. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Saya sendiri, AGM Ustaz Abd Samad Ayob, Puan Khairun Nisaa Lee Abdullah dan Puan Sharifah Roziah.
Antara perkara-perkara yang telah dicapai dalam perbincangan tersebut ialah:
1. Mewujudkan satu jenis restoren yang bersifat leisure and relax yang akan attach dengan cawangan-cawangan HPA.
2. Menjadi satu tempat rehat dan tempat ahli-ahli bertukar pandangan setelah berurusan di cawangan HPA atau sebelum/selepas mengikuti program mingguan/program-program HPA.
3. Menyediakan makanan dan minuman ringan seperti sandwich, kuih-muih, roti bakar, nasi lemak dan lain-lain. Dan yang pastinya makanan dan minuman dari produk-produk HPA.
4. Mencadangkan penggunaan nama Warung Radix kerana nama warung adalah lebih bersifat kampungan, relax dan tenang dan sesuai kepada semua golongan yang ada dalam keluarga HPA.
5. Perniagaan ini dibawah pengurusan dan pemantauan ROC.
6. Penyediaan bahan mentah (basah) yang minimum di restoran. Penggunaan lebih kepada produk/makanan yang disejuk bekukan/pre-prepared.
Unit Pembangunan Perniagaan bersama Team ROC akan menyediakan kertas kerja perniagaan secara lebih lengkap.
Ahad, 28 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan