Selasa, 30 Disember 2008

Hari Penganugerahan Sijil Herbalis Kali ke 15 (2008/2009)

Acara pembuka tirai 2009 bagi Unit Latihan, IT & Multimedia merupakan Hari Penganugerahan Sijil Herbalis kali ke 15. Progam tersebut akan diadakan pada 3hb Januari 2009 dan berlangsung di Dewan Umar Mukhtar,RFC Lagenda Heights, Sungai Petani.
Penganugerahan sijil akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Rektor Hj Ismail bin Hj Ahmad merangkap Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.
Hari penganugerahan gilang-gemilang ini akan diserikan lagi dengan kehadiran para jemputan yang dimuliakan iaitu ahli keluarga para peserta Sijil Herbalis kali ini, serta para jemputan khas iaitu para Pengurus Besar & Pengurus- Pengurus syarikat ahli kumpulan HPA dan para PJS yang dihormati.
Acara menarik pada hari tersebut selain acara penyampaian sijil merupakan persembahan bacaan Al-Quran, montaj khas mengenai perjalanan kursus serta gambar-gambar peserta yang terlibat secara candid dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain.
Alhamdullilah...diharap program yang dirancang berjaya diselesaikan dengan penuh rasa kesyukuran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan