Ahad, 28 Disember 2008

Ahlan wa sahlan!!

Assallamu’alaikum w.b.t. dan Salaam Maal Hijrah!!

Selamat datang ke blog Pembangunan Perniagaan HPA yang dikendalikan oleh saya, Jafri bin Abu Bakar, Pengurus Pembangunan Perniagaan Kumpulan HPA Industries Sdn Bhd dan dibantu oleh Pegawai Pembangunan Perniagaan, Puan Sharifah Rodziah.

Blog ini akan membicarakan tentang perkembangan perniagaan HPA dari masa ke semasa. Begitu juga dengan update terkini bahagian-bahagian ataupun tugasan-tugasan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan team Pembangunan Perniagaan. Antara bahagian yang terlibat secara langsung adalah Unit Latihan, Promosi dan Multimedia yang pada masa ini dibawah pemantauan saya sendiri sebagai Pengurus dibantu oleh team yang tidak pernah kenal erti penat lelah.

Antara fungsi utama Unit Pembangunan Perniagaan HPA ini ialah untuk mencari dan mengkaji peluang-peluang perniagaan yang dilihat boleh memberi advantage kepada perniagaan HPA.

Untuk makluman, antara projek-projek dibawah kendalian team Pembangunan Perniagaan buat masa ini ialah:
1. Projek Hotel 4 bintang di Kelantan.
2. Projek Aiskrim Halal di Ipoh.
3. Projek Institut Teknologi HPA di Alor Setar.
4. Pengurusan Unit Latihan, Promosi dan Multimedia yang menjalankan aktiviti program-program pendidikan berkala seperti KPJ, PIC dan lain-lain. Juga menguruskan lawatan-lawatan dan promosi-promosi luar.
5. Projek Radix Oriental Cuisine (ROC)
6. Perancangan pengembangan Jawi Herb Shop.
7. Perancangan Radix Café.
8. Wakil Pengarah Urusan dan Kumpulan Perniagaan HPA Industries untuk berurusan dengan Pihak Kerajaan, Badan Berautoriti dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan