Isnin, 29 Disember 2008

Perancangan Unit Latihan IT dan Multimedia dalam MLM.

Perbincangan tidak rasmi bersama Pengarah Urusan semalam di Cawangan Sungai Petani sebelum kuliah beliau bersama Pelajar Sijil Herbalis, Pengarah menyarankan supaya Unit Latihan IT dan Multimedia perlu mula membina kekuatan kewangan sendiri selain dari penganjuran program-program yang biasa diadakan. Unit Latihan perlu membuat perancangan berikut:

1. Unit Latihan menjadi Pusat Agensi berdaftar yang boleh membuat penjualan di tempat-tempat promosi, dalam program-program anjuran Unit Latihan dan lain-lain yang difikirkan sesuai. (Cik Azira & Cik Syikin perlu membuat tindakan permohonan dan pendaftaran segera).

2. Mewujudkan penempahan & penjualan produk secara online. (unit multimedia, En Yushairi dan En Hamidi perlu membuat perancangan dan kajian bagaimana program ini boleh diwujudkan).

(Promosi dan penjualan akan dibuat ketika program Seminar di Batang Kali anjuran Gabungan Nazir Masjid Dearah Hulu Selangor pada 10 Januari 2009).

Selain itu, Unit Promosi perlu mempunyai satu portable exhibition booth yang menarik yang boleh digunakan di pameran-pameran yang disertai. Unit Latihan IT dan Multimedia perlu dengan segera mendapatkan design dan sebutharga supaya perkara ini dapat dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan