Selasa, 30 Disember 2008

Perkhidmatan Yg Ditawarkan oleh Unit Latihan, IT & Multimedia

Bersempena dengan tahun baru 1430 Hijrah/2009, unit Latihan, IT & Multimedia telah merancang dan menyusun beberapa strategi untuk memantapkan lagi pengurusan dan aktiviti perniagaannya. Unit ini akan menawarkan perkhidmatan berkaitan urusan latihan dan pengurusan majlis (event management) kepada ahli syarikat kumpulan HPA dan orang ramai yang berminat.
Antaranya adalah perkhidmatan liputan sesebuah program termasuk penyediaan sistem PA, perakaman video (untuk CD) dan penyediaan multimedia (montaj dan sebagainya).
Caj perkhidmatan yang dikenakan adalah berpatutan. Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Unit Latihan, IT & Multimedia untuk keterangan lanjut.
Terbitkan Catatan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan