Ahad, 25 Januari 2009
Aiskrim HPA
Semalam, (23 Jan) Pengarah Urusan telah meluluskan sejumlah peruntukan bagi menjalankan proses ‘test run’ untuk kilang aiskrim di Ipoh. Test-run akan dilakukan selepas selesainya proses servicing dan cleaning mesin-mesin aiskrim tersebut. insyaAllah, aiskrim percubaan akan keluar selewat-lewatnya minggu pertama Februari. Doakan supaya semua berjalan lancar dan aiskrim halal ini akan berda dipasaran segara bagi menggantikan aiskrim haram dan aiskrim yang diboikot.
KPJ di KLIH & Kuantan
Kuliah Perubatan Jawi di Kuala Lumpur International Hotel pada 22 Januari lepas telah berlangsung dengan jayanya, dan seperti biasa kehadiran peserta melebihi dari jangkaan, memenuhi ruang dewan kuliah.
Penyerahan wang kutipan Gaza
Program pada malam tersebut telah dimulakan dengan pelancaran ‘Tabung Gaza’, kutipan derma untuk rakyat Palestin. Kutipan pada malam tersebut ialah sebanyak RM2,300 tidak termasuk kutipan yang dibuat di Komuniti-komuniti setempat yang telah menjangkau RM3,600 yang telah diserahkan kepada HPA oleh Pengerusi-pengerusi Komuniti.
KPJ di Kuantan
Demikian juga di Kuantan, Tabung Gaza yang telah dilancarkan Pengarah Urusan telah mendapat kutipan sebanyak lebih RM1,600 Alhamdulillah. Wang derma ini akan HPA hantar ke Palestin dalam masa yang terdekat, InsyaAllah.
Diploma Perubatan Islam bersama KKM
Pada 23 Januari yang lepas, HPA telah ke Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan pembangunan modul bertaraf diploma yang akan membincangkan tentang perubatan Islam. Mesyurat kali pertama ini antara lain telah mengambil keputusan untuk melantik HPA Industries yang akan diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan sebagai salah seorang committee pembangunan modul tersebut. Selain dari HPA, pihak-pihak yang terlibat ialah Darussyifa’, Darussalam, Universiti Malaya, UiTM, MQA, JAKIM dan Kementerian Kesihatan sendiri. Committee ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membangunkan Modul Diploma Perubatan Islam yang mendapat pengiktirafan dari MQA.
Pihak HPA Industries telah menawarkan tempat pengajian program diploma tersebut iaitu di Institut Teknologi HPA di Shahab Perdana, Alor Setar.
Usaha ini dilihat dapat mengembalikan kegemilangan perubatan Islam yang satu masa dahulu mendahului teknologi perubatan dari barat. Kementerian Kesihatan dalam ucapan pembukaan Pengarah Program terbabit menyatakan antara tujuan pembangunan programpengajian tersebut ialah bagi mengiktiraf perubatan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk menghapuskan amalan perbomohan yang kebanyakannya bertentangan dengan syariat Islam.
Kursus Induksi kakitangan RFC
Kursus Induksi Kakitangan RFC telah berlangsung selama 3 hari dan telah berakhir pada 23 Januari yang lepas. Sepertimana yang berlaku pada kursus Induksi Kakitang HPA Farms, modul yang dibincangkan adalah sama keculai sedikit penambahan mengikut kesesuaian perjalanan perniagaan di RFC. Peserta yang mengikuti program tersebut ialah seramai 28 orang.
Ahad, 18 Januari 2009
Tetamu dari Jab Pertanian Negeri Sembilan
Pada 17 Januari lepas, HPA telah didatangi tetamu-tetamu istimewa dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan yang datang untuk menyaksikan sendiri perniagaan HPA terutama pertanian dan perternakan ayam. En Zabidi bin Dun, Pengarah Pertanian Negeri bersama usahawan-usahawan dan ahli-ahli telah dibawa melawat ke kilang-kilang HPA sekitar Sungai Petani, Cawangan, Pusat-pusat perniagaan HPA dan makan tengahari di RFC. Saya sendiri telah memberikan taklimat dan penerangan mengenai HPA dan bagaimana dapat bekerjasama dengan Jabatan Pertanian untuk menjayakan misi 'Pertanian satu Perniagaan'.
Usahawan-usahawan Neg Sembilan
En Zabidi bin Dun
Pengarah Pertanian Negeri
Team HPA yang terlibat dalam meraikan tetamu tersebut ialah, En Mohd Akhir Pengurus unit Pertanian HPA, Tn Hj Fisal GM HPA Farms, Ust Mohd Noor Pengurus Unit Penyembelihan ayam dan saya sendiri.
En Zabidi telah menunjukkan respons yang amat baik terhadap lawatan ini dan menyatakan yang beliau akan menganjurkan satu lagi lawatan dengan pengrusan dan ahli-ahli Jabatan Pertanian Negeri Sembilan di masa akan datang dengan tujuan untuk mewujudkan satu hubungan perniagaan berasaskan pertanian diantara kedua pihak.
Sabtu, 17 Januari 2009
Kursus Induksi HPA Farms
Alhamdulillah, pada 16hb Januari yang lalu selesailah sudah program Induksi Kakitangan HPA Farms Unit Penyembelihan yang berlangsung selama 3 hari di Sungai Petani.
Peserta program tersebut yang seramai 45 orang telah mendapat bimbingan oleh tenaga-tenaga pengajar yang terdiri daripada Tuan Pengarah Urusan, Ust Ahmad Adnan, Pak Yayat, PakHabib, En Jafri, En Hafidz, Pn Husni, Pak Agus dan dibantu oleh team latihan yang sangat komited. Antara modul yang dibincangkan merangkami hal Aqidah, Amanah, Etika, Ibadah, Ukhuwah dan pemahaman perjuangan HPA itu sendiri.
Ini adalah sebahagian dari usaha HPA dalam mendidik khususnya peringkat dalaman organisasi untuk memberi pemahaman tentang perjuangan HPA dan memperkukuhkan aqidah, akhlak dan ibadah mereka. InsyaAllah.
Jafri Abu Bakar
Khamis, 15 Januari 2009
Motivational Quote for the day. 15 Jan 09
Johann von Goethe
” Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do. “
” Knowing is not enough; we must apply. Willing is not enough; we must do. “
Usaha menyebarkan Produk Halal melalui Sekolah Agama
Tengahari tadi telah berlangsung satu perbincangan bersama Pengurusan dan guru-guru Sek Men Agama Al-Khairiah Kuala Nerang, Kedahdalam membincangkan bagaimana HPA dapat membantu membangunkan ekonomi sekolah disamping menjadikan sekolah satu platform untuk menyebarkan produk halal kepada masyarakat setempat.
HPA meletakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah kerana telah membuka satu lagi ruang dalam usaha kita menyediakan makanan dan produk halal kepada ummah. Apatah lagi melalui institusi sekolah yang sebagaimana yang dimaklumi,disinilah lahirnya para ulama' dan cerdik pandai Islam.
Tuan Pengarah urusan dalam menyampaikan hasratnya telah memaklumkan bahawa HPA akan menyediakan sepenuh prasarana kedai halal (cawangan HPA), produk-produk dan termasuk pengurus yang akan menguruskan cawangan tersebut, walaupun begitu sekolah akan didaftarkan sebagai pusat agensi dan semua bonus pusat agensi akan dipulangkan semula ke pihak sekolah.
Manfaat daripada kewujudan HPA disekolah tersebut bukan hanya dari segi perniagaan cawangan untuk sekolah, malah lebih luas daripada itu. Sekolah dapat dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk sekitar dan akan dibekalkan kepada HPA. ini pastinya akan memberi manfaat dan kegembiraan kepada penduduk setempat hasil dari kewujudan HPA dikawasan itu.
Bagi HPA, ini merupakan satu lagi pintu atau ruang dalam perjuangan HPA memartabatkan produk dan makanan halal kepada ummah. InsyaAllah peluang sebegini tidak akan disia-siakan oleh HPA dan diharap semua pihak dapat memberi sokongan terhadap usaha ini.

Selasa, 13 Januari 2009
Program pagi untuk kakitangan HPA
Seperti yang telah diamalkan sejak 20 tahun yang lalu, program pagi diteruskan malah dimantapkan mengikut kepada keadaan dan keperluan semasa. Program pagi yang diamalkan ialah:
- Zikir Al-Ma'thurat
- Solat Sunat Dhzuha
- Tadarus Al-Quran
- Tazkeerah
Kakitangan Unit Latihan sedang mendengar tazkerah dalam Prog Pagi.Antara amalan yang diperkemaskan ialah sebagai contoh, Solat Sunat Dhzuha yang diamalkan 4 raka'at berbanding 2 raka'at sebelum ini. dan yang kedua, amalan Surah Al-Waqi'ah yang mula diamalkan dalam persiapan kita berhadapan dengan ramalan krisis ekonomi.
HPA yakin bahawa hanya Allah yang menjadi penentu rezki kepada manusia dan hanya pada-Nyalah tempat kita memohon rezki dan perlindungan.
InsyaAllah, inilah sebahagian kecil usaha kita mengikut kepada sunnah Rasulullah S.A.W dan sebagaimana yang diajarkan oleh para Ulama' dalam kita memohon rezki, keberkatan dan keredhoan dari apa yang kita usahakan dalam perjuangan kita memartabatkan produk halal kepada Ummat Muhammad S.A.W.
Isnin, 12 Januari 2009
Kuliah Pengarah Urusan kepada kakitangan HPA
Program pagi yang biasa diamalkan kakitangan HPA semalam diserikan lagi dengan kuliah khas dari Pengarah Urusan. Kuliah beliau pada kali ini membincangkan tentang Risalah Tauhid memperincikan tentang pengertian tauhid, kalimah shahadatain, rukun Islam, rukun Iman, nama-nama Allah, memahami nama-nama Allah, Memahami pengertian A-Razzaq dan hal syirik kepada Allah.
Secara keseluruhannya, selain dari usaha untuk memantapkan aqidah warga kerja HPA, ia juga telah memberi satu kefahaman terhadap perjuangan HPA dan komitment yang diperlukan HPA dari warga kerja HPA terhadap perjuangan ini.
Motivational Quote for the day. 12 Jan 09
” It takes less time to do things right than to explain why you did it wrong.“
Henry Wadsworth Longfellow
Ahad, 11 Januari 2009
SUNNAH ORANG BERJUANG..
SUNNAH ORANG BERJUANG..
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid memburu syahid
Dibuang dia berkelana
Dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
Namun jiwa tetap mara menuju cita membara demi Allah dan Rasul-Nya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Senang susah silih berganti
Inilah sunah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Diiring serta air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat meluah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua pasti terjadi
Tunggulah syahid atau menang
-by hijjaz

Motivational Quote for the day. 11 Jan 08
” It is time for us all to stand and cheer for the doer, the achiever - the one who recognizes the challenge and does something about it. “
Vincent Lombardi
Vincent Lombardi
Seminar Produk & Makanan Halal di Batang Kali
Alhamdulillah Program Seminar Produk dan Makanan Halal, Membina Rangkaian Perniagaan Islam telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Januari yang lepas. Diakhir program satu perjanjian persefahaman diantara pihak HPA Industries Sdn Bhd yang diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan dengan pihak Gabungan Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor yang diwakili Tn Hj Othman (Pengerusi Gabungan) telah ditandatangani.
Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani.
Pengarah Urusan telah membuat pengunguman secara rasmi pada hari tersebut yang masjid-masjid yang terlibat didalam Gabungan Nazir tersebut akan dijadikan cawangan-cawangan HPA. dengan tujuan supaya masjid akan menjadi satu pusat penyebaran produk halal kepda ummat Islam. Bagi pihak masjid pula, pihak HPA akan membayar sewa bulanan kepada masjid dan bukan itu saja, bil api, air akan ditanggung sepenuhnya oleh HPA, dan semua keuntungan pusat agensi akan dikembalikan kepada masjid.
Perkhidmatan bekam turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih 30 peserta seminar telah mendapatkan perkhidmatan ini yang disediakan pihak Jawi Herb Shop dengan diketuai oleh Pak Habib dan Pak Yayat dan dibantu oleh perserta sijil herbalis ke 15.
Program ini dilihat boleh HPA jadikan satu platform untuk produk dan makanan halal disebarkan kepada masyarakat melalui institusi Masjid dan secara langsung dapat meningkatkan ekonomi Masjid. InsyaAllah, kita mendoakan supaya program sebegini rupa dapat kita kembangkan sehingga seluruh masjid di Malaysia sehingga kegemilangan institusi masjid dapat dikembalikan. Amin.
Jumaat, 9 Januari 2009
Persediaan Akhir Prog Seminar dan Pameran Produk & Makanan Halal
Kami sekarang berada di Dewan Serbaguna Bandar Utama Batang Kali sedang melakukan persiapan akhir Program Seminar dan Pameran Produk dan Makanan Halal, Membina rangkaian Ekonomi Islam yang akan berlangsung esok.
HPA membuka 5 booth pameran iaitu Promosi & Penjualan Produk dibawah unit Latihan, Centella White, HPA Collection, KoWahida dan tidak ketinggalan Jawi Herb Shop yang menawarkan perkhidmatan Khidmat Nasihat Kesihatan termasuk khidmat Bekam.
Agnsi agensi Kerajaan juga akan turut mengadakan promosi. Mereka yang terlibat ialah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bomba dan beberapa agensi yang lain.
Menurut pengajur program, Gabungan Nazir Masjid Hulu Selangor, pendaftaran peserta amat memberansangkan malah lebih dari yang dijangkakan. Dewan yang hanya mampu menampung 300 peserta akan dilimpahi perserta yang telah menjangkau 400 orang.
Tuan Pengarah Urusan dijangka menyampaikan kertas kerja beliau bertajuk 'Perniagaan Produk Halal, Pengalam HPA Industries' pada jam 2.00ptg. InsyaAllah.
Jafri Abu Bakar & Team Latihan
7.22pm 9 Januari 09.

Khamis, 8 Januari 2009
Motivational Quote for the day. 8 Jan 09
” It is surprising what a man can do when he has to, and how little most men will do when they don't have to. “ Walter Linn
Kursus Induksi untuk Kakitangan RFC
Alhamdulillah pada 7 Januari lepas, Team Latihan khususnya Team Pembangunan Modul Induksi telah mengadakan pertemuan dengan team latihan RFC bagi membincangankan penyatuan modul bagi menghasilkan satu modul induksi yang lebih mantap dan mempunyai keselarasan untuk semua kumpulan perniagaan HPA.
Dan didalam pertemuan tersebut juga telah memutuskan cadangan tarikh untuk program induksi kakitangan RFC ialah pada 20 hingga 22 Januari 09. fokus ialah kepada kakitangan baru RFC cawangan Alor Setar. InsyaAllah.

Rabu, 7 Januari 2009
Motivational Quote for the day.
It is common sense to take a method and try it. If it fails, admit it frankly and try another. But above all, try something.
“ Franklin D. Roosevelt”
Tawaran Kem Kesihatan untuk Prog Diploma Perubatan Islam
Kesinambungan dari Perjumpaan Pengarah Urusan dengan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Disember lalu, HPA pada 5 Januari lepas telah menerima panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Perubatan Tradisional dan Complimentary menawarkan kepada HPA untuk menjalankan satu program pengajian bertaraf Diploma yang akan membincangkan pengubatan Islam. Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada HPA. Pengarah Urusan sekali lagi dijemput untuk membuat pembentangan pada 23 Januari akan datang.
Sebagai respon awal, Pengarah Urusan telah mewujudkan satu team untuk membangunkan modul tersebut dan mesyuarat pertama telah berlangsung pada 5 Januari lepas di Pejabat Pengarah Urusan. Antara yang terlibat adalah, saya sendiri, Ust Ahmad Adnan, En Mat Hashim, Puan Sharifah Roziah, Cik Syikin, Cik Azira, Pak Habib dan Pak Yayat. Turut membantu ialah Prof Madya Dr Ishak Sulaiman.
Pembahagian tugasan telah dilakukan untuk membangunkan modul tersebut dan draft awal akan diserahkan kepada Pengarah Urusan selewat-lewatnya 11 Januari 09.
ini merupakan peluang yang telah Allah buka kepada HPA sebagai satu jalan untuk Perubatan Islam dan Perubatan berasaskan herba yang telah sekian lama diperjuangkan HPA masuk ke Hospital di negara kita. InsyaAllah.

Ahad, 4 Januari 2009
Mesyuarat team Pembangunan IPTS HPA
Pada 3 Januari 09 selepas berakhirnya Majlis Penganugerahan Sijil Herbalis, telah berlangsung satu mesyuarat AJK pembangunan Projek IPTS HPA di cawangan Sungai Petani. Mesyuarat telah dihadiri oleh saya sendiri sebagai Pengarah Projek, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman sebagai Penasihat dan AJK, Ust Ahmad Adnan, En Mat Hashim, Puan Sharifah Roziah, Cik Azira, Cik Syikin dan turut dibantu oleh Pak Yayat dan Pak Habib.
Perbincangan berkisar tentang pengambilalihan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta di Alor Setar dan kedua, membincangkan tentang pembangunan satu program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA.
Mesyuarat memutuskan untuk mencadangkan kepada Pengarah Urusan satu program pengajian bertaraf Pra-Diploma dengan jangkasama pengajian 3 bulan. Nama program yang dicadangkan ialah Pra-Diploma Perniagaan MLM Syariah.
Kelebihan yang HPA ada sekarang dilihat akan memudahkan proses pembinaan silibus dan perjalanan program nanti iaitu kertas kerja Syariah, dan permit dan pengalaman pengajar yang dimiliki oleh team Panel Syariah.
Prof Mayda Dr Ishak mengambil tanggungjawab untuk membangunkan silibus dan akan dibantu oleh Ust Nidho, Ust Salehuddin (UM), Ust Ahmad Adnan. Juga akan mendapat penglibatan dari En Fisol Abd Rahman GM AWM. Tarikh serahan draft modul adalah pada 6 Jan 09.
Jumaat, 2 Januari 2009
mesyuarat bersama Gabungan Nazir Masjid Hulu Perak
Alhamdulillah, pada 31 Disember lepas telah berlangsung mesyuarat akhir Jawatankuasa Pelaksana Seminar & Pameran Produk dan Makanan Halal, Membina Rangkaian Ekonomi Islam di Dewan Serbaguna Bandar Utama, Batang Kali. Saya sendiri dan Puan Siti Hazliana telah hadir mewakili HPA Industries Sdn Bhd. mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH Dato' Orang Kaya Haji Aman Shah Mohd Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.
HPA telah diberi ruang didalam mesyuarat tersebut untuk menerangkan objektif yang ingin dicapai melalui program tersebut, Alhamdulillah, saya sempat untuk menerangkan tentang perjuangan HPA dan serba sedikit tentang isu halal dan haram.
Untuk makluman, program yang dirancangkan adalah seperti berikut:
Tajuk: Seminar & Pameran Produk dan Makanan Halal, Membina Rangkaian Ekonomi Islam
Tarikh: 10 Januari 2009
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
lokasi: Dewan Serbaguna Bandar Utama, Batang Kali.
Tuan Pengarah Urusan telah dijemput khas untuk pengisian slot membincangkan tentang pengalaman, visi dan misi, dan peluang kepada masyarakat Muslim melalui perniagaan MLMS yang sedang HPA perjuangkan.
Selain itu, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman juga akan membincangkan permasalahan produk halal haram dipasaran dan bagaimana masjid dapat menyumbang kepada pembunaan ekonomi ummah melalui pendekatan perniagaan produk halal.
InsyaAllah, program sebegini dilihat boleh dijadikan satu platform yang baik untuk HPA mengorak langkah mendekati ummah melalui masjid. Amin.

Langgan:
Catatan (Atom)