Jumaat, 9 Januari 2009

Persediaan Akhir Prog Seminar dan Pameran Produk & Makanan Halal

Kami sekarang berada di Dewan Serbaguna Bandar Utama Batang Kali sedang melakukan persiapan akhir Program Seminar dan Pameran Produk dan Makanan Halal, Membina rangkaian Ekonomi Islam yang akan berlangsung esok.

HPA membuka 5 booth pameran iaitu Promosi & Penjualan Produk dibawah unit Latihan, Centella White, HPA Collection, KoWahida dan tidak ketinggalan Jawi Herb Shop yang menawarkan perkhidmatan Khidmat Nasihat Kesihatan termasuk khidmat Bekam.

Agnsi agensi Kerajaan juga akan turut mengadakan promosi. Mereka yang terlibat ialah Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Bomba dan beberapa agensi yang lain.

Menurut pengajur program, Gabungan Nazir Masjid Hulu Selangor, pendaftaran peserta amat memberansangkan malah lebih dari yang dijangkakan. Dewan yang hanya mampu menampung 300 peserta akan dilimpahi perserta yang telah menjangkau 400 orang.

Tuan Pengarah Urusan dijangka menyampaikan kertas kerja beliau bertajuk 'Perniagaan Produk Halal, Pengalam HPA Industries' pada jam 2.00ptg. InsyaAllah.

Jafri Abu Bakar & Team Latihan
7.22pm 9 Januari 09.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan