Pada 3 Januari 09 selepas berakhirnya Majlis Penganugerahan Sijil Herbalis, telah berlangsung satu mesyuarat AJK pembangunan Projek IPTS HPA di cawangan Sungai Petani. Mesyuarat telah dihadiri oleh saya sendiri sebagai Pengarah Projek, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman sebagai Penasihat dan AJK, Ust Ahmad Adnan, En Mat Hashim, Puan Sharifah Roziah, Cik Azira, Cik Syikin dan turut dibantu oleh Pak Yayat dan Pak Habib.
Perbincangan berkisar tentang pengambilalihan sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta di Alor Setar dan kedua, membincangkan tentang pembangunan satu program pengajian yang mendapat pengiktirafan MQA.
Mesyuarat memutuskan untuk mencadangkan kepada Pengarah Urusan satu program pengajian bertaraf Pra-Diploma dengan jangkasama pengajian 3 bulan. Nama program yang dicadangkan ialah Pra-Diploma Perniagaan MLM Syariah.
Kelebihan yang HPA ada sekarang dilihat akan memudahkan proses pembinaan silibus dan perjalanan program nanti iaitu kertas kerja Syariah, dan permit dan pengalaman pengajar yang dimiliki oleh team Panel Syariah.
Prof Mayda Dr Ishak mengambil tanggungjawab untuk membangunkan silibus dan akan dibantu oleh Ust Nidho, Ust Salehuddin (UM), Ust Ahmad Adnan. Juga akan mendapat penglibatan dari En Fisol Abd Rahman GM AWM. Tarikh serahan draft modul adalah pada 6 Jan 09.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan