- Zikir Al-Ma'thurat
- Solat Sunat Dhzuha
- Tadarus Al-Quran
- Tazkeerah
Kakitangan Unit Latihan sedang mendengar tazkerah dalam Prog Pagi.Antara amalan yang diperkemaskan ialah sebagai contoh, Solat Sunat Dhzuha yang diamalkan 4 raka'at berbanding 2 raka'at sebelum ini. dan yang kedua, amalan Surah Al-Waqi'ah yang mula diamalkan dalam persiapan kita berhadapan dengan ramalan krisis ekonomi.
HPA yakin bahawa hanya Allah yang menjadi penentu rezki kepada manusia dan hanya pada-Nyalah tempat kita memohon rezki dan perlindungan.
InsyaAllah, inilah sebahagian kecil usaha kita mengikut kepada sunnah Rasulullah S.A.W dan sebagaimana yang diajarkan oleh para Ulama' dalam kita memohon rezki, keberkatan dan keredhoan dari apa yang kita usahakan dalam perjuangan kita memartabatkan produk halal kepada Ummat Muhammad S.A.W.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan