Tengahari tadi telah berlangsung satu perbincangan bersama Pengurusan dan guru-guru Sek Men Agama Al-Khairiah Kuala Nerang, Kedahdalam membincangkan bagaimana HPA dapat membantu membangunkan ekonomi sekolah disamping menjadikan sekolah satu platform untuk menyebarkan produk halal kepada masyarakat setempat.
HPA meletakkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah kerana telah membuka satu lagi ruang dalam usaha kita menyediakan makanan dan produk halal kepada ummah. Apatah lagi melalui institusi sekolah yang sebagaimana yang dimaklumi,disinilah lahirnya para ulama' dan cerdik pandai Islam.
Tuan Pengarah urusan dalam menyampaikan hasratnya telah memaklumkan bahawa HPA akan menyediakan sepenuh prasarana kedai halal (cawangan HPA), produk-produk dan termasuk pengurus yang akan menguruskan cawangan tersebut, walaupun begitu sekolah akan didaftarkan sebagai pusat agensi dan semua bonus pusat agensi akan dipulangkan semula ke pihak sekolah.
Manfaat daripada kewujudan HPA disekolah tersebut bukan hanya dari segi perniagaan cawangan untuk sekolah, malah lebih luas daripada itu. Sekolah dapat dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk sekitar dan akan dibekalkan kepada HPA. ini pastinya akan memberi manfaat dan kegembiraan kepada penduduk setempat hasil dari kewujudan HPA dikawasan itu.
Bagi HPA, ini merupakan satu lagi pintu atau ruang dalam perjuangan HPA memartabatkan produk dan makanan halal kepada ummah. InsyaAllah peluang sebegini tidak akan disia-siakan oleh HPA dan diharap semua pihak dapat memberi sokongan terhadap usaha ini.
Jafri Abu Bakar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan