Alhamdulillah Program Seminar Produk dan Makanan Halal, Membina Rangkaian Perniagaan Islam telah berlangsung dengan jayanya pada 10 Januari yang lepas. Diakhir program satu perjanjian persefahaman diantara pihak HPA Industries Sdn Bhd yang diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan dengan pihak Gabungan Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor yang diwakili Tn Hj Othman (Pengerusi Gabungan) telah ditandatangani.
Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani.
Pengarah Urusan telah membuat pengunguman secara rasmi pada hari tersebut yang masjid-masjid yang terlibat didalam Gabungan Nazir tersebut akan dijadikan cawangan-cawangan HPA. dengan tujuan supaya masjid akan menjadi satu pusat penyebaran produk halal kepda ummat Islam. Bagi pihak masjid pula, pihak HPA akan membayar sewa bulanan kepada masjid dan bukan itu saja, bil api, air akan ditanggung sepenuhnya oleh HPA, dan semua keuntungan pusat agensi akan dikembalikan kepada masjid.
Perkhidmatan bekam turut mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih 30 peserta seminar telah mendapatkan perkhidmatan ini yang disediakan pihak Jawi Herb Shop dengan diketuai oleh Pak Habib dan Pak Yayat dan dibantu oleh perserta sijil herbalis ke 15.
Program ini dilihat boleh HPA jadikan satu platform untuk produk dan makanan halal disebarkan kepada masyarakat melalui institusi Masjid dan secara langsung dapat meningkatkan ekonomi Masjid. InsyaAllah, kita mendoakan supaya program sebegini rupa dapat kita kembangkan sehingga seluruh masjid di Malaysia sehingga kegemilangan institusi masjid dapat dikembalikan. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan