Pada 23 Januari yang lepas, HPA telah ke Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membincangkan pembangunan modul bertaraf diploma yang akan membincangkan tentang perubatan Islam. Mesyurat kali pertama ini antara lain telah mengambil keputusan untuk melantik HPA Industries yang akan diwakili sendiri oleh Tuan Pengarah Urusan sebagai salah seorang committee pembangunan modul tersebut. Selain dari HPA, pihak-pihak yang terlibat ialah Darussyifa’, Darussalam, Universiti Malaya, UiTM, MQA, JAKIM dan Kementerian Kesihatan sendiri. Committee ini ditubuhkan dengan tujuan untuk membangunkan Modul Diploma Perubatan Islam yang mendapat pengiktirafan dari MQA.
Pihak HPA Industries telah menawarkan tempat pengajian program diploma tersebut iaitu di Institut Teknologi HPA di Shahab Perdana, Alor Setar.
Usaha ini dilihat dapat mengembalikan kegemilangan perubatan Islam yang satu masa dahulu mendahului teknologi perubatan dari barat. Kementerian Kesihatan dalam ucapan pembukaan Pengarah Program terbabit menyatakan antara tujuan pembangunan programpengajian tersebut ialah bagi mengiktiraf perubatan Islam di Malaysia dan dalam usaha untuk menghapuskan amalan perbomohan yang kebanyakannya bertentangan dengan syariat Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan