Alhamdulillah, pada 31 Disember lepas telah berlangsung mesyuarat akhir Jawatankuasa Pelaksana Seminar & Pameran Produk dan Makanan Halal, Membina Rangkaian Ekonomi Islam di Dewan Serbaguna Bandar Utama, Batang Kali. Saya sendiri dan Puan Siti Hazliana telah hadir mewakili HPA Industries Sdn Bhd. mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YDH Dato' Orang Kaya Haji Aman Shah Mohd Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor.
HPA telah diberi ruang didalam mesyuarat tersebut untuk menerangkan objektif yang ingin dicapai melalui program tersebut, Alhamdulillah, saya sempat untuk menerangkan tentang perjuangan HPA dan serba sedikit tentang isu halal dan haram.
Untuk makluman, program yang dirancangkan adalah seperti berikut:
Tajuk: Seminar & Pameran Produk dan Makanan Halal, Membina Rangkaian Ekonomi Islam
Tarikh: 10 Januari 2009
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
lokasi: Dewan Serbaguna Bandar Utama, Batang Kali.
Tuan Pengarah Urusan telah dijemput khas untuk pengisian slot membincangkan tentang pengalaman, visi dan misi, dan peluang kepada masyarakat Muslim melalui perniagaan MLMS yang sedang HPA perjuangkan.
Selain itu, Prof Madya Dr Ishak Sulaiman juga akan membincangkan permasalahan produk halal haram dipasaran dan bagaimana masjid dapat menyumbang kepada pembunaan ekonomi ummah melalui pendekatan perniagaan produk halal.
InsyaAllah, program sebegini dilihat boleh dijadikan satu platform yang baik untuk HPA mengorak langkah mendekati ummah melalui masjid. Amin.
Jumaat, 2 Januari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan