Kesinambungan dari Perjumpaan Pengarah Urusan dengan Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Disember lalu, HPA pada 5 Januari lepas telah menerima panggilan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Perubatan Tradisional dan Complimentary menawarkan kepada HPA untuk menjalankan satu program pengajian bertaraf Diploma yang akan membincangkan pengubatan Islam. Ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada HPA. Pengarah Urusan sekali lagi dijemput untuk membuat pembentangan pada 23 Januari akan datang.
Sebagai respon awal, Pengarah Urusan telah mewujudkan satu team untuk membangunkan modul tersebut dan mesyuarat pertama telah berlangsung pada 5 Januari lepas di Pejabat Pengarah Urusan. Antara yang terlibat adalah, saya sendiri, Ust Ahmad Adnan, En Mat Hashim, Puan Sharifah Roziah, Cik Syikin, Cik Azira, Pak Habib dan Pak Yayat. Turut membantu ialah Prof Madya Dr Ishak Sulaiman.
Pembahagian tugasan telah dilakukan untuk membangunkan modul tersebut dan draft awal akan diserahkan kepada Pengarah Urusan selewat-lewatnya 11 Januari 09.
ini merupakan peluang yang telah Allah buka kepada HPA sebagai satu jalan untuk Perubatan Islam dan Perubatan berasaskan herba yang telah sekian lama diperjuangkan HPA masuk ke Hospital di negara kita. InsyaAllah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan